Hampir Dipenjara, Harga Sebuah Bangunan Aman Central

Hampir Dipenjara, Harga Sebuah Bangunan Aman Central

Sedekad yang lepas, apabila seorang Menteri Besar daripada parti pak lebai memperjuangkan untuk dibina sebuah kompleks beli belah, kedengaran seakan tidak masuk akal.

Sementelahan, Menteri Besar itu seorang ustaz.

Bekas pengajar di Maktab Mahmud dan juga pensyarah di UIA.

Sebahagian orang ketika itu dan sehingga hari ini masih menyangka orang PAS itu tidak pandai mentadbir negeri apatah lagi mengurus hal ehwal ekonomi sebuah negeri miskin.

Logikkah yang diperjuangkan sebuah pusat beli belah di sebuah negeri penghasil beras dan rakyatnya tidak ada duit untuk ‘shopping’?

Maka MB Kedah pertama daripada PAS iaitu Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah merangka sebuah peta jalan yang panjang untuk mengubah ‘mindset’ tersebut.

Bukan murah perjuangan menyergam indah sebuah kompleks beli belah.

Mahal nilai sebuah pengorbanan dan liku-liku yang perlu ditempuh ketika itu.

Demonstrasi, bantahan demi bantahan serta provokasi yang cuba ditekan-tekan kepada kerajaan negeri ketika itu terutama oleh pembangkang.

Sehingga suatu hari Allahyarham Ustaz Azizan menerima perintah komital iaitu perintah bagi dipenjarakan.

Isunya barisan peguam ketika itu tidak sempat menjawab satu afidavit yang diperintahkan oleh mahkamah atas satu saman yang diterima untuk projek Aman Central.

Ringkasnya, hakim telah memutuskan perbicaraan tidak dijalankan.

Siapa sangka kompleks Aman Central, pusat beli belah utama di ibu negeri Kedah hari ini tertubuh hasil cetusan idea dan perjuangan orang PAS.

Orang Kedah mesti tahu betapa ramainya manusia yang berkunjung ke pusat beli belah itu setiap hari.

Ramai anak muda yang mendapat kerja asbab terbinanya Aman Central dan perniagaan di sekelilingnya.

Fakta yang lebih menarik juga, orang kuat di sisi Allahyarham Ustaz Azizan ketika itu ialah Setiausaha Politik beliau iaitu Menteri Besar Kedah hari ini Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Buat yang belum atau terhalang merasai semangat perjuangan Allahyarham Ustaz Azizan dahulu, lihatlah apa yang telah diwarisi ke atas anak murid beliau hari ini.

Kedah Aerotropolis, Kedah Rubber City antara peta jalan yang jauh lagi besar sedang diperjuangkan MB Kedah hari ini.

Semuanya buat kemajuan negeri jelapang padi ini sentiasa bertransformasi menjadi negeri orang kaya terus datang menabur bakti ke arah merealisasikan The Greater Kedah.

Kedah akan menjadi kebanggaan bukan sahaja rakyat Kedah tetapi juga kebanggaan buat Malaysia!

Semuanya pasti di tangan pemimpin yang kuat dan sejati.

Kedah