Sejak aktif kembali di facebook ni ramai rakan rakan UMNO dari seluruh Malaysia mesej inbox tanya “apa perlu dilakukan sekarang bila UMNO bersekutu dengan DAP”.
Ramai tak boleh nak hadam kerjasama yang diputuskan Zahid Hamidi dan mereka juga bukan lah jenis Pak Turut yang menyokong kepimpinan UMNO membabi buta.
Namun nak menegur kepimpinan di bahagian mereka tidak mampu kerana akan dituduh sebagai agent Broker dan dah dibeli PN.
Mereka ini sayang pada UMNO, mereka tak nampak untuk bertukar parti tetapi pada masa yang sama mereka tak selesa dengan keputusan UMNO terutama apabila Mat Maslan suruh ahli undi DAP.
Nasihat Aku kepada mereka buat rakan-rakan dalam UMNO yang masih ada saki baki prinsip dalam perjuangan namun masih sayang akan UMNO:
“Apa yang penting adalah kotak undi, bila PRN atau PRU yang akan datang ini terjemahkannya didalam kotak undi dengan mengundi PAS dan Perikatan Nasional”.
Kenapa mesti undi PAS dan Perikatan Nasional?
“Kerana orang Melayu telah menjadikan PAS dan PN payung Melayu dan sudah tidak ada harapan untuk UMNO BN PH mendapat sokongan orang Melayu pada PRN nanti.
Tunjukkan kepada kepimpinan UMNO bahawa akar umbi tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Zahid Hamidi dan kepimpinan yang ada.
Jangan takut pada ugutan ataupun tomahan kerana yakinlah prinsip kita yang menolak DAP dan menggangkat Anwar sebagai Ketua merupakan keputusan yang benar berlandaskan prinsip UMNO yang asal itu sendiri.
Jadilah sebahagian dari sejarah kebangkitan orang Melayu kali ini.
Inilah peluang untuk akar umbi UMNO merasai penyatuan Melayu sepertimana yang pernah berlaku 1946 dahulu sewaktu UMNO ditubuhkan.
Perjuangan yang belum selesai.