Hari ini sebut sahaja rasuah dan penyelewengan, semua rasa jijik dan mahu membenteras habis-habisan, kononnya duit rakyat.
Sebelum itu kenapa sapu?
Buktinya lihat kes atau bukti telah menerima hukuman dan sedang disiasat.
Yang terlepas, usahlah dikira, bergantung kepada siapa menteri atau pemimpin mereka ketika itu.
Kini, semua mahu menjadi lembu suci (sacred cow).
Beritahu saya sejak Malaysia ditubuhkan, bermula daripada zaman Tunku Abdul Rahman hingga hari ini, Kabinet mana yang bersih daripada rasuah?
Boleh dikatakan ada sahaja…
Hari ini semua mahu londehkan sebab kononnya kita mahu menjadi lembu suci.
Seolah-olah sudah tidak ada kerja lain.
Akhirnya satu dunia tahu, Malaysia sejak mula ditubuhkan hingga hari ini, semua rasuah.
Rasuah melingkungi dan menyelebungi Malaysia.
Sampai bila kita boleh mendapat kepecayaan daripada dunia luar atau pelaburan asing?
Kita bermasalah daripada dulu sampai sekarang.
Sebab itu, orang tidak percaya kepada kita.
Kita ingatkan kerajaan baharu dengan jenama Madani, dapat memacukan ke arah lebih baik.
Rupanya teruskan londeh-melondeh, asyik cari salah orang, salah diri sendiri bagaimana?
Akibatnya dunia tidak percaya kepada kita.
Sebagai negawaran yang baik, kita sepatutnya memandang ke hadapan seperti kata Menteri besar Kedah, kalau korek, boleh sahaja korek, sebab kuasa ada di tangan dia.
Habis Menteri besar terdahulu akan terpalit.
Tetapi beliau tidak mahu lakukan sedemikian.
Beliau memandang kehadapan untuk lakukan apa yang terbaik untuk negeri Kedah.
Ini tidak, asyik cari salah orang.
Salah sendiri bagaimana?
Pemimpin tertinggi sekarang juga berada dalam Kabinet dahulu.
Adakah pemimpin tertinggi sekarang ini sared cow atau lembu suci?
Bersih daripada segala dosa dan noda rasuah?
Susah untuk kita perkatakan.
Jika kerajaan daripada dahulu hingga sekarang rasuah, siapa yang akan terlepas?
Siapa yang lebih bersih?
Tidak ada kan?
Jadi, kenapa perlu korek-mengorekkan.
Bukan tak boleh, tetapi jangan nampak sangat, seolah-olah kita sahaja yang bersih, suci, orang lain kotor.
Kalau pun kita dapat ‘memenjarakan’ orang kita dendam itu, adakah ia dapat menyelesaikan masalah? Tidak juga.
Mungkin hati kita puas, negara dan rakyat bagaimana?
Ekonomi negara makin teruk, ringgit makin merudum.
Pelik ada menteri berkata, ringgit yang merudum baik untuk rakyat.
Ini menteri apa yang bercakap?
Nasihat saya, lebih baik tumpukan apa yang kita boleh buat sekarang, buat yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya, pandang ke hadapan.
Ini tidak, tindakan kita macam orang gila.
Kadang-kadang lebih gila daripada orang gila.
Semua kita nak jawab, bila orang kata.
Kita kena ingat, apabila kita bertaraf pemimpin negara, apa jua nama sama ada Perdana Menteri atau menteri, sudah tentu menjadi bahan bualan khalayak, kalau nak ikut saman, habis semua orang kita saman.
Persoalannya, kita mahu saman atau tidak?
Atau kita mahu saman semua orang yang berkata tentang kita.
Sebagai negarawan, kita kena terima hakikat ini.
Ketika Tun Mahathir jadi PM, bertimbun orang kata kat dia, mahafiraun dan macam-macam lagi.
Ada dia saman? Tak ada.
Sebab Tun tahu, bila menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi menjadi PM, akan menjadi bahan bualan.
Cuma kali ini Tun M terpaksa saman, sebab tuduhan yang dibuat amat melampau.
Pepatah Melayu ada kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Saya menjadi hairan, adalah inilah level pemimpin negara, pantang orang kata sikit, saman.
Macam tak ada kerja lain.
Isu rasuah ini sangat jelas dalam Islam, pemberi dan penerima, dua-dua masuk neraka.
Begitulah tegasnya Islam.
Persoalan, yang asyik kena penerima, pemberi macam mana?
Semua orang tahu, pemberinya rata-rata orang kaya Cina, penerima adalah orang Melayu, orang yang berkuasa yang menguasai kerajaan, termasuk perkhidmatan awam.
Peliknya, pemberi rasuah, rata-rata orang kaya Cina jarang kena, terlepas.
Yang teruk kena adalah orang Melayu. Kenapa?
Bukankah sepatutnya dua-dua kena?
Perkara inilah yang sepatutnya difikirkan oleh orang politik atau pemimpin nombor satu negara.
Jangan asyik fikir pasal nak jawab semua kritikan orang.
Percayalah, selagi kamu bergelar pemimpin, bergelar PM, bergelar menteri, selagi itulah kamu akan terus menjadi perhatian dan bahan kritikan.
Cuma bezanya, kamu mahu kelihatan bijak atau bodoh?
Jika kamu bijak, kamu tidak pedulikan sangat kritikan atau fitnah itu, teruskan buat kerja yang telah diamanahkan.
Demi agama, bangsa dan negara.
Percayalah, jika kamu masih tidak berubah, Pilihan Raya Negeri yang akan datang, pasti kamu akan rebah, ketika itu, sudah tidak ada pilihan, kamu terpaksa meletak jawatan, kerana rakyat sudah tidak percaya kepada kamu.
Kamu buatlah filem apa sekalipun, sama ada untold atau unsold.
Bila kepercayaan itu sudah hilang, buat apapun tidak berguna.
Bertaubatlah wahai negarawanku
Mohd Ridhuan Tee Abdullah