RU15 terdahulu, PN mampu menyapu bersih 15 kerusi parlimen di Kedah, namun terpaksa akur dengan kekalahan di Parlimen Sungai Petani.
Analisa dalaman menyatakan kekalahan 1 kerusi parlimen tersebut adalah berpunca daripada ‘kecederaan’ dalam kesatuan jentera pilihanraya parlimen tersebut – kerana ada sebahagian jentera dalam satu UDM tidak berpuas hati dengan pemilihan calon PN – lalu mereka enggan keluar berkempen/mengundi. Akibatnya, PN kalah di Sungai Petani.
Apabila tidak mematuhi arahan pimpinan, lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan ‘berperang’, maka kekalahan akan menjadi akibatnya.
Merasakan idea dan kredibiliti sendiri lebih hebat berbanding keputusan jemaah dan pimpinan, maka pertolongan tidak akan singgah kepada orang-orang yang ujub dan membesar diri.