Selepas UMNO ambil alih Terengganu daripada PAS pada tahun 1961, UMNO kekal memerintah sehingga PAS berjaya rampas semula pada tahun 1999.
PAS bertahan 1 penggal sahaja, UMNO rampas kembali dan mereka bertahan untuk 2 penggal.
Kemudian, PRU 13 ketika UMNO tumbang buat pertama kalinya sebagai kerajaan Malaysia, UMNO turut terlepas Terengganu kepada PAS semula.
Dan kejatuhan UMNO di Terengganu tidak berlaku secara tiba-tiba.
Hakikatnya pengundi UMNO kian berkurang setiap kali PRU.
PRU-10 (1999), UMNO tewas kepada PAS yang menang 28 kerusi DUN dan 7 kerusi parlimen.
Kekalahan besar UMNO yang pertama setelah lebih 30 tahun pegang Terengganu.
PRU-11 (2004), UMNO rampas semula Terengganu dengan kemenangan 28 kerusi DUN.
PRU-12 (2008), UMNO bertahan dengan kemenangan 24 kerusi DUN.
PRU-13 (2013), UMNO masih menang namun hampir tewas dengan bilangan 17 kerusi DUN sahaja.
UMNO hilang majoriti dua pertiga kerusi buat kali kedua dalam tempoh yang begitu singkat melibatkan 4 siri PRU yang terakhir.
Ketika PAS ambil alih Terengganu pada tahun 1999, PAS hapuskan cukai pintu dan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud.
PAS perkasakan pendidikan Islam dengan menubuhkan Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ) dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).
Ketika UMNO rampas kembali Terengganu pada tahun 2004, UMNO rampas sekali 12,946 lot tanah rakyat Terengganu yang diberi PAS dalam tempoh pemerintahan 1999-2004.
Alhamdulillah, selepas PAS menang dalam PRU-14 komitmen besar yang terus diusahakan PAS adalah untuk mengembalikan semula tanah yang dirampas kepada rakyat.
Setakat April, sudah 7,601 lot tanah dikembalikan daripada 8,834 permohonan yang dibuat.
Hebat, berwibawa dan berpegang pada janji.
Tahniah dan syabas YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhar berjaya mengemudi negeri Terengganu dengan penuh cemerlang.
Maju, Berkat, Sejahtera.