Sebut sahaja kuliah dhuha, yang pertama terbayang di fikiran ahli PAS terutamanya ialah Kuliah Dhuha di Masjid Rusila oleh YB Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS.
Tempat untuk ‘upgrade’ ilmu agama. Belajar kitab aqidah, sirah dan tafsir. Itu agenda mingguan wajib Presiden PAS jika tiada kekangan dan keuzuran.
Timbalan Presiden PAS pula, kalau ada yang perasan beliau sangat-sangat melazimi kuliah Subuh dan Maghrib. Terutamanya di Pahang dan juga di Kelantan.
Walaupun bukan rutin tetap yang spesifik waktunya, namun bagi seorang wakil rakyat yang berkhidmat di 2 buah negeri, untuk mendapatkan masa di waktu genting Subuh dan Maghrib bukanlah suatu yang mudah.
Hanya yang bijak mengurus masa dan tanggungjawab yang ada berjaya melakukan rutin luar biasa seperti ini.
Itulah dia YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang ahli parlimen di Kelantan dan ahli DUN di Pahang.
Untuk tahun ini sahaja setakat maklumat di Facebook beliau hampir 40 kali beliau dapat meluangkan masa untuk Kuliah Subuh dan Maghrib.
Mei 9 kali
April 4 kali
Mac 3 kali
Februari 8 kali
Januari 15 kali
Pemimpin yang bertaqwa bukan sahaja membangun ekonomi dan kebendaan sahaja, mereka juga menggalas tanggungjawab membangun jiwa dan akal manusia dengan agama.
Sebagai sebuah negara yang menjunjung Islam sebagai agama persekutuan, pemimpin yang tidak meninggalkan agama sebagai amanah yang dipegang kuat ialah mereka yang sangat menghormati keluhuran perlembagaan negara ini.
Sangat terkenal dengan seorang yang kaya dengan senyuman dan tenang orangnya. Kata-kata dan nasihatnya yang lembut membasahkan jiwa-jiwa mereka yang sangat dahagakan sentuhan rohani.
Dengan peribadi yang menyenangkan ini, tidak hairanlah keluarga diraja Pahang juga terpikat dengan budi pekerti beliau sejak dahulu.
Hubungan akrab antara Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan keluarga Yang di-Pertuan Agong sudah terjalin lama.
Berpengalaman sebagai pendidik di universiti, beliau telah diberi pengiktirafan untuk mengajar agama, memberi kuliah dan tazkirah di Istana Pahang sebelum sibuk dengan komitmen politik.
Bahkan, putera sulung YDPA dan Permaisuri Agong iaitu Pemangku Raja Pahang hari ini telah diazankan oleh beliau selepas dilahirkan.
Pihak istana menghubungi dan menjemput beliau ke Wad Diraja lalu diminta sendiri oleh YDPA untuk mengazankan Tengku Hassanal.
Besar penghoramatan dan kepercayaan yang diberikan keluarga YDPA kepada Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Hubungan yang terjalin ini adalah salah satu contoh baik yang dipamerkan seorang Ketua Utama Negara dengan pemimpin rakyat.
Semoga terus cemerlang buat Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengemudi negeri Pahang dan Malaysia.
Daulat Tuanku!







