1) Dendam British ke atas orang Melayu
3) Pembentukan Geopolitik
Tiga faktor di atas adalah dilakukan ketika penjajahan British ke atas Tanah Melayu.
Penentangan dahsyat daripada orang-orang Melayu menyebabkan penjajah British sangat marah kepada orang Melayu dan kerajaan Melayu.
Lalu penjajah sanggup melakukan apa jua bentuk pengkhianatan ke atas perjanjian antara British dan kesultanan Melayu jika berpeluang.
Contohnya ketika Perang Musuh Bisik antara Kedah-Siam.
British membawa masuk orang-orang Cina dari China ke Asia Tenggara, termasuk Tanah Melayu sebagai pekerja buruh lombong dan pekerja-pekerja am.
Disebabkan penentangan orang-orang Melayu yang berterusan, British lebih mempercayai orang-orang Cina untuk membantu pengurusan perniagaan mereka dari lombong sampai ke pelabuhan.
Populasi orang-orang Cina semakin bertambah menyebabkan British membina pelbagai infrastruktur seperti rumah-rumah, bangunan perniagaan, jalan raya, hospital dan sebagainya – sehingga pesat menjadi sebuah bandar.
Pada awalnya pembangunan infra ini sebagai kemudahan kepada orang-orang Cina yang menjadi pekerja buruh lombong hingga ke pelabuhan.
Lama-kelamaan orang-orang Cina semakin maju di bandar, manakala orang-orang Melayu di kampung-kampung dibiarkan dengan aktiviti pertanian sawah padi.
Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, mereka memberikan sejumlah 1 bilion pound sterling kepada orang-orang Cina yang berpengaruh yang pernah bekerja dengan mereka – menjadi tauke.
Tanah-tanah bandar dan berprestij seperti tanah lombong diserah kepada tauke-tauke Cina, manakala orang-orang Melayu hanya diberikan tanah-tanah sawah.
Jumlah 1 bilion pound sterling waktu itu boleh dianggar pada hari ini bernilai 1 trilion USD.
Maka tidak hairan orang-orang Cina yang pada awalnya papa kedana datang menjadi buruh lombong, tiba-tiba sahaja menjadi kaya.
Dengan kekayaan itu, mereka membina empayar perniagaan besar-besaran – menguasai ekonomi dalam masa yang singkat.
Bahkan selepas merdeka pun, dalam sektor perladangan, mereka menguasai hampir 30% keseluruhan ladang, manakala 60% lagi dikuasai oleh British.
Orang-orang Melayu yang boleh dikatakan kaya hanya memiliki baki 10% sektor perladangan – itupun atas nama kerajaan.
Durian runtuh 1 bilion pound yang British berikan kepada tauke-tauke Cina telah mengubah orang-orang Cina yang papa kedana pada awalnya, menjadi tauke-tauke empayar perniagaan – menguasai perladangan, perkapalan, perlombongan, pembinaan, logistik dan sebagainya.
Tujuan British memberi dana besar kepada orang-orang Cina adalah untuk menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu setelah merdeka – kerana mereka terpaksa meninggalkan Tanah Melayu kerana Tanah Melayu telah dipersetujukan untuk merdeka.
Maka secara tidak langsung, di kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang ramai orang Melayu, akan berada dalam keadaan miskin kerana orang-orang Melayu tidak diberi sebarang durian runtuh.
Mereka terpaksa pula bergantung harap kepada tauke-tauke Cina untuk kemajuan aktiviti sawah padi mereka.
Manakala bandar-bandar besar terbentuk di sekitar kawasan lombong dan pelabuhan seperti Ipoh dan Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri-negeri lain.
Taburan orang-orang Cina di negeri-negeri yang ada bandar besar yang tumbuh di kawasan pelabuan dan lombong – menjadikan negeri itu semakin kaya.
Adanya bandar dan infrastruktur yang lengkap membuatkan para peniaga, pedagang dan pelabur masuk memakmurkan lagi kegiatan ekonomi negeri tersebut.
Tidak hairanlah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura menjadi kaya dan maju.
Manakala negeri-negeri yang majoriti orang Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang terpaksa bergelut dengan kemiskinan atas tanah sawah dan tanah hutan yang tidak mendatangkan hasil besar kepada ekonomi negeri.
Datang Tun Razak yang pernah merasai kemiskinan dan kesusahan rakyat, membuat polisi ekonomi baharu untuk membantu orang-orang Melayu dengan membuka tanah rancangan FELDA dan sebagainya.
Datang Tun Mahathir pula bertindak mengambil semula pemilikan ladang-ladang British melalui peristiwa Dawn Raid.
Dasar Ekonomi Baru, dan pelbagai projek untuk perkasakan orang-orang Melayu dari sudut ekonomi berterusan, namun tidak akan pernah dapat menyaingi tauke-tauke Cina yang mendapat durian runtuh – yang boleh mewariskan kekayaan mereka 7 keturunan.
Negeri-negeri yang maju dan kaya hari ini bukanlah baru kaya kerana kepintaran pemimpin negeri, tetapi kekayaan negeri telah dipupuk lama sejak zaman British yang melakukan pecah perintah, membina bandar-bandar dan infrastruktur moden.
Tahun 1980an ketika negeri-negeri kaya sudah menggunakan kuasa elektrik dan air paip, orang-orang Melayu di kampung-kampung masih menggunakan pelita dan air telaga.
Pelabur-pelabur yang masuk melabur tidak akan mahu melabur di negeri-negeri miskin – kerana tidak mempunyai infrastruktur yang baik seperti kuasa elektrik, bekalan air yang cukup, dan dekat dengan pelabuhan.
Para pelabur terus tertumpu ke negeri-negeri yang sudah sedia kaya dan maju untuk membuka kilang dan perniagaan mereka.
Negeri miskin terus papa kedana.
Pemerintahan negara silih berganti Perdana Menteri.
Namun untuk memajukan negeri-negeri miskin ada sukar.
Ia perlu dimulakan dengan pembinaan sumber bekalan tenaga, sistem bekalan air, pelabuhan kargo dan pelbagai kemudahan infrastruktur lain untuk menggamit pelabur masuk. ia tidak murah, ia perlu kepada dana sangat besar sebagaimana durian runtuh.
Jika dulu Bilion pound, hari ini trilion USD untuk bangkitkan negeri-negeri miskin sekaya negeri-negeri maju.
Tapi ia sesuatu yang mustahil untuk berbuat demikian, melainkan negeri-negeri miskin diberikan fokus secara berterusan.
Tidak sama keuntungan orang kaya bermodal RM1 juta berniaga dengan orang miskin berniaga bermodal RM1 ribu.
Walau terer berniaga macamana pun, jika orang miskin untung 200%, dia hanya mendapat profit RM2000 sahaja.
Orang kaya walaupun hanya untung 20%, profitnya RM200,000.
Begitulah anologi negeri kaya yang ada modal pelaburan dan infra yang besar – tentulah KDNK nya besar walau siapa pun yang mentadbir.
Negeri miskin, KDNK tetap kecil walau seterer mana pun mentadbir.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa




