Kelebihan mereka yang bertaqwa dan memahami agama apabila menguruskan GLC ialah mereka tahu matlamat pekerjaan adalah meraih keredhaan Allah atau mengharapkan mardhatillah.
Walaupun ada di kalangan pemimpin atau Lebai PAS bukan berlatarbelakangkan bidang agama, mereka memanfaatkan dan memohon pandangan dari para pegawai syariah yang dilantik dalam setiap GLC bagi memastikan setiap tindakan tidak melanggar hukum muamalat dalam Islam dan inilah langkah pertama yang diambil.
Mari sini ambe ceritakan bagaimana pemulihan 2 buah GLC di Negeri Terengganu selepas diambil alih oleh Lebai PAS.
TDM Berhad
TDM Berhad telah disenaraikan semula ke dalam sekuriti Patuh Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 27 November 2020 selepas dikeluarkan dari senarai pada tahun 2015.
Hakikatnya, ia bukan hanya bersifat dokumen teknikal sahaja, sebaliknya bagaimana usaha dari peneraju GLC menerapkan kefahaman tentang keberkatan hasil kerja yang dibuat.
Contohnya jika sebelum ini 5 lori yang membawa hasil kelapa sawit keluar dari ladang, hanya 3 sampai ke kilang, 2 lagi entah ke mana.
Dengan penerapan nilai pekerjaan kerana mardhatillah dan keberkatan hasil, TDM telah menerima pelbagai anugerah.
Antaranya “Company of The Year” pada 2021 di bawah kategori perladangan dan penjagaan kesihatan untuk inisiatif bantuan Covid19 serta kebajikan haiwan.
TDM juga telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 81.4 juta pada 2021 dan tertinggi sejak 10 tahun sebelumnya.
Dalam ucapan program TDM Bersama Rakyat Marang di Masjid Padang Mengkuang, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah melahirkan rasa syukur atas hasil yang diperoleh oleh TDM.
Beliau juga meyakini hasil perkongsian rezeki oleh GLC bersama rakyat membawa kepada keberkatan kerja mereka.
Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC)
TADC merupakan satu-satunya anak syarikat berorientasikan pertanian di Terengganu.
Semasa diambil alih oleh YB Dr Azman Ibrahim pada tahun 2018, ia diletakkan pada kod warna biru iaitu prestasi syarikat paling bawah atau tenat.
TADC ketika itu mempunyai 14 orang kakitangan dan hampir tidak mampu untuk membayar gaji.
Jumlah pekerja telah meningkat di bawah pengurusan yang sangat baik di bawah Pengurus Besar Encik Azhar Yusof dan ahli pasukan yang lain.
Berikut jumlah pekerja di TADC bermula 2018 hingga kini.
2018 : 18 orang (kod biru, nazak)
2019 – 20 orang
2020 – 30 orang (kod kuning)
2021 – 38 orang (kod hijau)
2022 – 74 orang
2023 – 104 orang
Manfaat apabila GLC diuruskan dengan baik bukan hanya bersifat keuntungan kewangan sahaja.
Pengurusan dan prestasi GLC yang baik ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih ramai rakyat.
Ni baru dua GLC ambe ingin ceritakan.
Jika ada masa, ingin dinukilkan kejayaan-kejayaan GLC lain dan apa manfaat yang rakyat perolehi.
Dsn CikTy





