Apa Yang Lebai Boleh Buat?

Apa Yang Lebai Boleh Buat?

Pada awal pentadbiran kerajaan negeri PAS melangkah masuk ke Wisma Darul Iman Mei 2018 lalu, sayup kedengaran cakap-cakap yang mengatakan pemimpin PAS hanya tok lebai dan bersyarah bab agama sahaja, bab pengurusan dan pentadbiran kelaut!

Saat sayup suara-suara itu sampai di telinga ambe, ambe hanya senyum dan terus mengatur gerak kerja dan buka buku baru tanpa menoleh ke belakang

Antara perkara yang menjadi keutamaan kepada ambe sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan ialah melihat kerosakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk dibaik pulih.

Bayangkan, pembinaan stadium yang menelan belanja RM270 juta dengan kapasiti 50,000 tempat duduk penonton tidak dapat digunakan kerana masalah padang yang begitu teruk ditambah pula masalah-masalah infra yang lain.

Alhamdulillah, pada 9 April 2019 kerja-kerja naik taraf telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Malaysian Football League yang turut menaja sebagai projek perintis untuk projek naik taraf padang bola.

Kecaknaan kerajaan negeri ini juga dizahirkan melalui peruntukan sebanyak RM 1 juta yang turut melibatkan pembaikan sistem saliran air dan longkang stadium.

Kini, SSMZA menjadi perhatian sebagai stadium tercanggih dan eksklusif di Pantai Timur seperti dicanang awal pembinaanya lalu apabila telah terpilih menjadi tempat perlawanan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun 2023 dan Papua New Guinea pada 20 Jun 2023 sempena perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia.

Pemilihan SSMZA ini merupakan satu pencapaian yang begitu baik buat negeri kita dan ianya jelas memperlihatkan kejayaan Kerajaan PAS Terengganu menyelesaikan sejarah hitam stadium ini.

Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada para pemain dan peminat skuad Harimau Malaya yang akan bertandang ke negeri Terengganu ini bagi mengikuti kedua-dua perlawanan ini.

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Terengganu