BN Terengganu kembali lagi dengan isu tiada pembangunan di negeri Terengganu setelah PAS mengambil alih sepanjang 5 tahun ini.
Sedarkan BN Terengganu bahawasanya, pembangunan yang mereka banggakan sebelum ini hanya menghabiskan duit rakyat dan sekadar tinggalan untuk makhluk halus menumpang tinggal.
Antara contoh yang jelas adalah Strawberry Park di Kemaman, SSMZA di K. Nerus dan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir.
“Kemajuan” yang dibanggakan oleh BN Terengganu ini menelan belanja beratus juta duit rakyat yang akhirnya dibiar terbengkalai.
Bukan itu sahaja, kerajaan BN Terengganu juga berhutang dengan Kerajaan Persekutuan 906.94 Juta pada tahun 2017.
Untuk apa hutang sebanyak itu dibuat dalam keadaan semua pembangunan yang dirancang gagal untuk memberi manfaat kepada rakyat?
Mujurlah selepas PAS mengambil alih pada tahun 2018, PAS sebagai Kerajaan Terengganu membayar semula hutang Kerajaan Persekutuan sedikit demi sedikit sehingga hanya 279.97 Juta baki hutang pada tahun 2020.
Walaupun ketika itu negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.
Bayangkan sekiranya Terengganu tidak menanggung hutang hampir 1 bilion ringgit tinggalan BN Terengganu ini, pasti banyak lagi pembangunan yang dapat kita kecapi bersama.
BN Terengganu sudah terbukti tidak mampu memerintah apatah lagi gagal menguruskan kewangan negeri dan rakyat serta berbelanja boros dan tiada perancangan.
Akibatnya semua rakyat tersekat dari menerima manfaat dari hasil negeri mereka sendiri.
Tidak mungkin rakyat akan memilih BN lagi.
“Kepada Allah SWT Kami Berserah
“Tahniah Terengganu”
“Allah SWT Maha Adil, dan Rakyat Tak Bodoh”
MIS