Ini Bukan Sekadar Politik Tetapi Suatu Jenayah Terancang

Ini Bukan Sekadar Politik Tetapi Suatu Jenayah Terancang

Insiden kad nama beserta pendrive ‘tercicir’ yang berlaku di sekitar beberapa kawasan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Terengganu adalah suatu jenayah terancang yang perlu diambil tindakan di sisi undang-undang.

Pihak yang melakukannya perlu dikenal pasti, disiasat dan dikenakan hukuman seperti mana jenayah-jenayah lain.

Gambar dan maklumat pada kad nama tersebut pasti dipalsukan dengan harapan penjenayah sebenar tidak dapat dikesan.

Namun beberapa CCTV telah dapat merakam seseorang yang ‘mencicirkan’ kad nama beserta pendrive tersebut.

Apakah yang terdapat di dalam pendrive tersebut?

Pihak yang merancang cuba menviruskan komputer-komputer yang terdapat di pejabat PKM atau mencuri data-data apabila pendrive itu dibuka.

Oleh sebab pendrive-pendrive tersebut ‘dicicirkan’ berhampiran PKM PAS, sudah pasti pelakunya berniat untuk mensasarkan data dan akses parti PAS atau kerajaan.

Maka, amat diyakini bahawa pengkhianatan ini cuba dilakukan oleh musuh-musuh politik PAS atau kerajaan Terengganu.

Apabila disiasat oleh polis nanti, kita akan tahu penjenayah sebenar yang besar kemungkinan datang dari bilik perang musuh-musuh PAS atau kerajaan Terengganu.

Hebat dan desperate-nya mereka berpolitik.

Hukum agama dan undang-undang ditolak tepi demi matlamat menumbangkan kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh PAS.

Justeru, PAS perlu lebih berwaspada terhadap politik musuh yang bermatlamat menghalalkan cara.

Taktik keji ini pasti berpunca daripada amalan politik kotor yang tidak sukar untuk diduga.

Tidak perlulah disebut parti mana kerana rakyat sudah sedia maklum terdapat gabungan baru dalam menghadapi PRN tak beberapa lagi.

Celaka dan laknat puak-puak ini.

Apa pula taktik seterusnya bagi mengalahkan PAS nanti?

Apakah data-data pilihanraya sekali lagi akan dieksploit seperti yang pernah berlaku ketika PRU 2004 di mana akhirnya mereka dapat menumbangkan kerajaan PAS Terengganu?

Demikianlah apabila penyamun dan perompak berganding tenaga.

Segala logistik dan kepakaran akan digabungkan untuk memerangkap musuh.

Ketika menjadi kerajaan banyak meruntuhkan, ketika menjadi pembangkang juga banyak mensialkan.

Hanya manusia-manusia yang berpenyakit jiwanya sahaja masih sanggup menyokong kedajalan mereka.

Ayuh rakyat Terengganu kita kuburkan mereka ke dasar politik rimba.

Salam Muhammad

Kolumnis