Terengganu Terajui Pelaksanaan Syariah

Terengganu Terajui Pelaksanaan Syariah

Perjuangan PAS menegakkan syariah dalam aspek pentadbiran negari dan negara tidak pernah terhenti.

Proses pelaksanaannya dibuat dengan penuh teliti dan mengikut lunas demokrasi.

Semasa PAS mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada 1999-2004, kita telah berjaya menggubal dan meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS).

Kesinambungan EKJS, pentadbiran negeri dibawah kepimpinan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2018 sehingga kini telah membangunkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan bagi memastikan sektor ini dilaksanakan dalam kerangka syarak.

Pendekatan mendidik seiringan dengan penguatkuasaan dalam pelaksanaan syariah secara berperingkat ini telah mendapat respon yang positif daripada rakyat negeri Darul Iman.

Tiada apa yang kita harapkan daripada perubahan-perubahan yang dibuat ini semata-mata untuk mengundang keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT terhadap negeri dan rakyat Terengganu.

Begitu saya senaraikan beberapa usaha dan inisiatif yang kerajaan negeri laksanakan syariah secara tadaruj.

Ustaz Saiful Bahri

Terengganu