Exco Pertanian Terengganu Sembunyi Fakta

Exco Pertanian Terengganu Sembunyi Fakta

Exco Pertanian Terengganu sembunyi fakta.

Kerajaan BN dah rancang lama projek lada hitam Mc Cormick.

Kita nak tolong sembunyi fakta kelemahan kerajaan lepas, awok dia pulop yang buka pekung sendiri sehingga ada yang mendakwa perancangan bermula tahun 2011 lagi.

Lama benar merancang tapi tak jadi?

Selepas PRU 2018, bermula dari tahun 2019 kami mulakan gerakan tersusun untuk menjadikan Setiu Terengganu sebagai hub pengeluaran lada hitam secara komersial terbesar di Malaysia.

Perbincangan demi perbincangan dibuat antara Mc Cormick, UPEN Terengganu, Pejabat Daerah Setiu, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dengan penyelarasan dari Pejabat Exco Pertanian Terengganu.

Isu-isu berkaitan dibincangkan secara lumat, Mc Cormick bentang busines plan mereka, terma-terma perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Mc Cormick disepakati.

Kerajaan Negeri sediakan tanah dan selesaikan urusan pajakan tanah seluas 600 ha di Lembah Bidong Setiu, sehingga MoU berjaya ditandatangani, TADC terlibat sama secara JV untuk uruskan skim outgrowers bagi penglibatan petani tempatan, pemindahan teknologi dan membekalkan kompos bagi penanaman lada hitam, Kerajaan Negeri bantu carikan pekerja.

Ada timbul apa-apa isu berbangkit sepanjang tempoh perlaksanaan projek, Kerajaan Negeri berdiri teguh bersama Mc Cormick.

Alhamdulillah, perjalanan projek bernilai RM320j sedang berjalan lancar.

Sepanjang tempoh ini tak pernah sekalipun kami mesyuarat di hotel.

Pejabat Exco Pertanian dan beberapa premis kerajaan di Setiu dah cukup sebagai tempat mesyuarat untuk nak bincang projek bernilai lebih 320j.

Kerap juga kami jumpa di tapak projek saja bincang isu-isu berbangkit.

Ringkasnya kami tak habis pitih buat belanja mesyuarat.

Tak perlu gah merancang kerana rakyat nak tengok hasil.

Maaf deh, pagi-pagi pekena kopi perisa lada hitam.

Don’t tell people your plans, show them your results.

Jangan beritahu orang rancangan anda, tunjukkan kepada mereka hasil anda.

Dr Azman Ibrahim

Terengganu