Pemimpin suka berbohong mesti dibantu untuk elakkan mereka masuk neraka.
Benarlah mainan kata-kata, siakap senohong ikan ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri.
Jim Taylor berkata ada beberapa sebab kenapa ahli politik percaya mereka boleh berbohong.
Apabila ditanya, mereka tidak mengaku mereka telah berbohong, walaupun hakikatnya mereka berbohong.
Benarlah dapatan kajian BEIM (Business Ethics Institute of Malaysia) yang diambil maklum balas daripada 2,074 daripada 15 profesyen, ahli politik adalah yang paling tidak dipercayai.
Profesyen yang paling dipercayai ialah pertama doktor dan kedua guru.
Kenapa orang politik adalah kumpulan yang paling tidak dipercayai?
Sebab mereka suka berbohong atau tidak berkata benar.
Orang politik paling kuat berbohong.
Saya tidak kata semua ahli suka berbohong.
Ada yang baik, terutama mereka yang takutkan Allah (Tuhan).
Namun, rata-rata orang politik suka berbohong, berbohong sudah sebati dan menjadi penyakit.
Justeru, rakyat mesti mengajar, pemimpin politik yang mengidap penyakit berbohong.
Rakyat perlu ajar mereka ini, untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka.
Peliknya, kenapa ahli politik percaya mereka boleh berbohong walaupun pembohongan mereka sangat mudah untuk terbongkar, terutama dalam zaman media sosial hari ini?
Jim Taylor menggariskan enam sebab.
Pertama, orang politik mempunyai karater ‘narcissists’ atau angkuh.
Sangat mementingkan diri, melihat diri mereka istimewa, menuntut pujian berlebihan, memiliki rasa berkelayakan dan bersifat eksploitasi.
Karakter narcissisme menjadikan mereka percaya bahawa mereka sahaja yang betul.
Jika mereka tak betul pun, mereka bijak untuk elakkan diri daripada tertangkap atau menderita akibat perbuatannya.
Kedua, ahli politik tahu bahawa pengikut mereka akan percaya mereka bersih, walaupun jelas bukti-bukti menunjukkan mereka bersalah.
Ahli politik narcissists sebegini dan pengikutnya hidup dalam keadaan menerima maklumat sama, dari sumber yang sama, media yang sama, dan duduk bersama kumpulan berfikiran sama.
Ketiga, pengikut narcissists tidak mahu kepada kebenaran.
Ceritalah macam mana pun, mereka tidak mahu dengar dan percaya, walaupun mungkin kebenaran itu mengancam kehidupannya.
Keempat, berita palsu dalam media sosial dipercayai bulat-bulat kerana penyakit berbohong telah berjangkit kepada pengikut.
Sama ada benar atau tidak, itu tidak penting.
Apa yang penting, ia terus akan dipercayai selagi mana berita itu wujud di alam maya.
Kelima, istilah yang disebut bias kognitif atau cognitive biases.
Dalam kata lain, otak manusia cenderung untuk percaya apabila maklumat yang disampaikan selari dengan apa yang telah bermain dalam fikirannya.
Selari dengan apa yang mereka mahu percaya atau preconceived notions.
Sebaliknya, mereka tidak akan percaya dengan apa-apa jua maklumat yang mencabar pandangan mereka yang terbina kukuh atau established views.
Ini sudah sampai ke peringkat taksub.
Keenam, jika penyakit suka berbohong diulang berkali-kali, pengikutnya tetap beranggapan ia betul kerana dalam pemikiran mereka, kalau tidak benarpun, kenapa berita masih ada.
Kenapa tidak dinafikan?
Kenapa tidak disaman.
Taksub keterlaluan.
Orang politik berbohong tahu dengan berbohong itu adalah alat terbaik untuk dipilih menjadi pemimpin atau dishonesty is the best policy for getting elected.
Inilah akibatnya apabila orang politik tidak dikawal dengan syariat.
Tidak kenal dosa pahala.
Penyakit seperti ini boleh diubati jika mereka ini kembali kepada Allah
Sudah tentu politik Islam bukan sebegitu sifatnya.
Berpolitik dalam Islam, ada perkiraan dosa pahala, kerana ada malaikat yang akan mencatatnya.
Sebab itu, Islam mesti menjadi tunjang dalam berpolitik.
Ini kerana politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam kerana Islam adalah ad-deen, agama yang syumul.
Contohilah Baginda SAW dalam berpolitik.
Baginda adalah Pesuruh Allah.
Baginda juga Rasul Allah.
Bahkan baginda adalah ikutan (qudwah) ikutan nombor satu umat Islam.
Pemerintahan Baginda penuh keadilan, tanpa pembohongan.
Percayalah, Islam memberi penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi kepada pemimpin yang adil, tidak berbohong.
Persoalannya, adalah dapatan kajian BEIM ini boleh diterima bulat-bulat bahawa semua orang politik adalah kumpulan profesyen yang paling tidak dipercayai?
Selepas ini mungkin ramai orang merasa tertipu dengan orang politik atau lebih tepat tertipu dengan pembohongan pemimpin politik mereka.
Orang politik yang tidak boleh dipercayai adalah dalam kalangan terkena penyakit berbohong.
Saya tidak kata bahawa pekerjaan kedoktoran dan keguruan tidak ada yang berbohong.
Terpulang kepada mereka yang terkena penyakit berbohong atau tidak
Apa jua bidang, ada sahaja penipuan dan pembohongan.
Malahan dalam kalangan cerdik pandai yang bergelar profesor pun ada yang berbohong.
Justeru, sudah sampai masa ahli politik yang suka berbohong tidak sepatutnya dipilih rakyat menjadi pemimpin.
Islam anjurkan pilihlah pemimpin yang punyai al-quwwah dan al-amanah (القوة والامانة).
Persoalannya, kenapa pemimpin kerajaan hari ini sukar untuk mendapat kepercayaan rakyat, jawapannya kerana penyakit berbohong.
Berbalik kepada narsisisme tadi, awalnya adalah satu tingkah laku yang positif dalam maksud membiasakan seseorang itu untuk berhenti bergantung pada standard dan prestasi orang lain untuk membuat dirinya menjadi lebih baik atau bahagia.
Namun, apabila sifat perasaan ini berlebihan sehingga menjadi penyakit, melepasi tahap yang dibenarkan, perasaan ini dapat menjadi suatu kelainan keperibadian yang bersifat patologi.
Kelainan keperibadian atau disebut juga sebagai penyimpangan keperibadian.
Istilah umum yang digunakan bagi sejenis penyakit mental seseorang, iaitu apabila cara memahami situasi dan kemampuan berhubungan dengan orang lain tidak lagi berfungsi secara normal.
Ketika itu, seseorang memiliki sifat yang menyebabkan diri merasa atau berperilaku dengan cara-cara yang menyedihkan, membatasi kemampuannya agar dapat berperanan dalam suatu hubungan.
Seseorang yang narsistik biasanya terlihat memiliki rasa percaya diri yang sangat kuat, tetapi apabila narsisme yang dimilikinya sudah mengarah pada kelainan yang bersifat patologi, maka rasa percaya diri yang kuat tersebut dapat digolongkan sebagai bentuk rasa percaya diri yang tidak sihat kerana hanya memandang dirinya sebagai yang paling hebat dari orang lain tanpa mampu menghargai orang lain.
Selain itu, seseorang dengan sifat narsis yang berlebihan memiliki kecenderungan untuk meninggikan dirinya di hadapan orang lain, menjaga harga dirinya dengan merendahkan orang lain saat orang lain memiliki kemampuan atau hal yang lebih baik darinya.
Sehinggakan ia tidak segan untuk mengasingkan orang lain untuk memperoleh kemenangan.
Ada yang mengatakan bahawa penyebab sifat narsis dipengaruhi beberapa hal seperti faktor biologi, genetik, dan sosial.
Apakah contoh pembohongan sebegini boleh dikategorikan sebagai penyakit?
‘No Anwar No DAP’
UMNO perompak, penyamun, penyakau, bapak rasuah, tidak ada siapa pun yang mahu bersama dengan UMNO bapa kepada segala kejahatan.
Rupa-rupa, itu hanya mainan bibir, menipu rakyat, untuk memancing undi rakyat.
Hakikatnya, mereka telah lama berpakat, dengan menipu rakyat untuk menang pilihan raya.
Lain di depan, lain di belakang.
Jika asasnya sudah berbohong, bagaimana rakyat boleh mempercayainya?
Sebab itu, buatlah apapun, walaupun nampak baik, tetapi tetap tidak mendapat sokongan rakyat.
Kenapa? Kerana dari awal lagi asasnya tidak benar, bohong.
Asasnya, sudah haram, buatlah halal macam mana pun, ia tetap nampak haram, kerana asasnya adalah haram.
Ingatlah penyakit berbohong ini jika tidak rawat segara, sukar untuk diubati.
Segeralah mendapatkan rawatan pakar sebelum terlambat.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah