Setapak Jangan Lalu, Setapak Jangan Surut

Setapak Jangan Lalu, Setapak Jangan Surut

Hari ini tular video klip sekumpulan mahasiswa sedang rancak berdansa dengan amat dahsyat.

Sekali tengok dah tau event yang sedang berlaku itu di dewan Sultan Mizan, UMT.

Institusi tempat ambe menimba ilmu bertahun lamanya.

Apa yang berlaku hari ini tidak mengejutkan diriku kerana budaya hedonisme ini memang berakar umbi sekian lama.

Sekumpulan manusia yang berada di dalam Kelab Amatur Intelektual (KAI UMT) sudah beberapa kali mencadangkan satu kertas kerja Panduan Program Patuh Syariah (PPPS) kepada pihak berautoriti mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMT).

Mengikut rekod bukti bergambar yang tersimpan, Tahun 2016, Presiden Ahmad Khidhir, Tahun 2017 Presiden Abdul Razak dan tahun 2018 Presidennya ambe sendiri berjumpa dan berbincang dengan MPP UMT berkait dengan hal PPPS ini.

Respon yang diterima senantiasa positif dengan harapan ada tindakan yang boleh dipertimbangkan dalam berhibur mengikut syariat.

Selain itu juga Minggu Jalinan Mesra atau minggu orientasi pelajar baru juga sering dibantah berkaitan energizer yang keterlaluan, kita tidak menghalang untuk energizer tetapi bila sampai tahap keterlaluan gerakannya memang perlu dibantah.

Namun apa yang mengejutkan, syarat tambahan untuk menjadi Fasi MJM tahun 2022 perlu memuatnaik video menari energizer mengikut kreativiti.

Selepas pada tahun 2018 hingga berlaku Covid, konsert hiburan yang ada di IPT Terengganu khususnya UMT semakin reda dan tidak begitu agresif, namun menyedihkan pada tahun 2023 ianya kembali dengan begitu dahsyat Malam Galau UMT.

Pendirian ambe berkaitan hiburan ini jelas, manusia secara fitrahnya memang suka akan hiburan, tapi bila berhibur dengan hedonisme, perlu untuk kita menyekat dan membantah perkara ini terus berlaku saban tahun.

Ittaqullah! marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Ambe sebagai Alumni tegur kerana kita sayang Generasi UMT.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌ ۢبِمَا تَعْمَلُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

(Al-Hasyr: 18)

Muhammad Syamil

Alumni UMT – Universiti Malaysia Terengganu batch 2016/17 yang sayang Generasi UMT

Pendidikan