Terengganu Agrotech Development Corp (TADC) merupakan anak syarikat di bawah PMINT iaitu sebuah GLC Terenggganu.
Fokus utama TADC ialah membantu golongan rakyat miskin dengan kegiatan aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan.
Pada tahun 2013, Laporan Ketua Audit Negara mendapati prestasi kewangan TADC mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM5.17 Juta ketika UMNO masih menerajui kerajaan Negeri Terengganu.
Sebanyak 13 projek dengan kos pelaburan yang berpuluh juta bermula tahun 2008 sehingga 2013 telah GAGAL dan terbengkalai begitu sahaja.
Yang menjadi persoalannya, ke mana duit tersebut lesap kerana syarikat ini mengurus projek jutaan ringgit tetapi kakitangan yang tidak begitu ramai.
Mujurlah setelah kerajaan PAS mengambil alih, diketuai Dr Azman Ibrahim telah menyelamatkan TADC yang nyawa-nyawa ikan ketika itu ibarat hidup segan mati tak mahu.
Antara projek yang mula menampakkan hasil iaitu Projek Rimbunan Kaseh di Rantau Abang dan beberapa projek lain.
Secara tidak langsung TADC kembali pulih dan mula meraih keuntungan.
Begitulah cerita projek sakit TADC yang telah diwariskan kerajaan terdahulu kepada kerajaan kini.
Syabas dan tahniah kerajaan PAS Terengganu di atas kredibiliti dan jiwa besar menyelamatkan TADC seterusnya memberi pulangan yang besar kepada masyarakat.
Muhamad Irfan,
Kuala Nerus