Tembok Kerajaan Negeri PH, Semakin Merekah

Tembok Kerajaan Negeri PH, Semakin Merekah

Semakin menarik situasi politik negara kita saat menghampiri PRN 6 Negeri.

Tidak sampai sebulan lagi DUN-DUN bakal terbubar

Namun, kem PH-BN terus berkecamuk dan bergolak dalam menoktahkan pembahagian kerusi.

Ini sekaligus memberikan kelebihan kepada PN-PAS bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Malah, memungkinkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dilanda gelombang hijau.

Formula utuh untuk merampas kerajaan negeri PH adalah dengan cara penyatuan ummah dan dua penjuru.

Inilah yang diusahakan sebelum daripada ini dalam Muafakat Nasional.

Situasi politik pada hari ini mengiyakan pertembungan dua penjuru tersebut antara PN vs PH-BN.

Sekaligus telah memberikan kelebihan kepada PN.

Namun tidak terhenti disitu, keadaan pembahagian kerusi yang parah dalam PH-BN, ibarat api dalam sekam yang sedang membara sekarang.

Besar kemungkinan akan berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru.

Apabila komponen PH-BN tidak berpuas hati dengan komposisi pembahagian kerusi.

Keadaan ini pastinya lebih memberikan kelebihan kepada PN.

Sedang dengan dua penjuru pun PN sudah untung, apatah lagi 3 4 penjuru hasil perpecahan PH-BN.

Perpecahan di kem PH-BN akan melemahkan mereka, dan penyokong atau pengundi akan memilih parti gabungan yang lebih stabil.

Formulanya sudah ada, dan ianya bakal terjadi dengan sendirinya mengikut garis masa.

Jentera PN hanya perlu fokus membuat kerja dan jangan selesa.

Insya Allah 6 negeri jatuh ke tangan PN.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Kolumnis