Lim Guan Eng Pernah Sokong Pembinaan KXP

Lim Guan Eng Pernah Sokong Pembinaan KXP

KXP ni dirancang sejak 2013 – Zaman MB Mukhriz (BN) selepas menewaskan PAS Kedah di bawah MB Ustaz Azizan (PAS).

Perancangan ini kurang kedengaran setelah MB Mukhriz diganti dengan MB Mat Bashah (BN) pada 2016 hingga 2018, tetapi kerajaan MB Mat Bashah tetap bersetuju untuk KXP dibina.

Dari 2013-2018 cadangan ini disindir oleh Pulau Pinang (DAP).

Sehinggalah PH ambil alih Kedah dan MB Mukhriz (PH) kembali mengetuai kerajaan negeri.

Mungkin disebabkan MB Mukhriz telah menjadi satu team (PH) atau mungkin juga disebabkan PM ketika itu adalah bapa Mukhriz (PM7), LGE (DAP) terpaksa akur dengan perancangan membina KXP di Kulim (2019).

Bermakna 3 MB Kedah telah bersetuju KXP dibina, yakni MB Mukhriz BN, MB Mat Bashah dan MB Mukhriz PH.

Apabila MB Sanusi (PAS) ambil alih, beliau meneruskan projek tersebut dengan mengangkatnya daripada cadangan kepada perlaksanaan.

MB Sanusi mengusahakan supaya proses kajian dan kelulusan dipercepat.

Agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat bekerjasama erat sewaktu 33 bulan PN mentadbir kerajaan pusat untuk menjayakan pembinaan KXP.

Malangnya, belum sempat kelulusan-kelulusan diberikan, parlimen dibubarkan.

PRU15 menyebabkan kerajaan pusat bertukar dan projek KXP tidak mahu diteruskan oleh PMX.

Kedah mahu beri penjelasan dan membentangkan projek tersebut kepada PMX, namun PMX enggan bertemu dengan MB Sanusi atas alasan peribadi.

Kos untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan, kos kajian dari sudut ekonomi dan pembangunan kawasan sekitar, kos pengurusan, dokumentasi, konsultansi dan sebagainya sepanjang 10 tahun sejak 2013 telah menelan belanja lebih RM30 juta.

Jika semua MB Kedah daripada BN, PH serta PM6, PM7 dan MoF (LGE) bersetuju dengan pembinaan KXP, maka langkah tidak mahu meneruskan projek KXP oleh PMX (dan disokong DAP) adalah langkah dendam kerajaan PMX terhadap Perikatan Nasional semata-mata, serta dendam peribadi PMX terhadap Sanusi.

MB Sanusi telah membuktikan bahawa beliau mampu mengembeling kekuatan dan profesionalisme untuk meneruskan projek mega dari zaman BN dan PH demi kebaikan rakyat Kedah.

Manakala PMX pula mentadbir berlandaskan emosi dan kekoyakan jiwa.

Nasib KXP yang telah berhabisan jutaan ringgit bakal dikuburkan oleh seorang pemimpin yang beremosi dalam tatakelolanya.

Jika ditanya kepada rakyat Kedah, erti “Kalih Bagi Sama” adalah kalih PM bagi sama dengan kerajaan negeri Kedah – supaya projek di Kedah berjalan lancar, bukan menukarkan MB Kedah kepada individu yang akan mandom tunduk kepada seorang yang emosi dalam bertatakelola.

Jika peristiwa 24 tahun dipecat, dipenjara, dibelasah, diracun Arsenikkan, ditelanjangkan, ditumbuk lebam mata – dianggap sebagai luka kecil yang boleh dimaafkan dengan ungkapan ‘sudah-sudah lah…’, maka apakah kesalahan Mat Nusi yang dahsyat sampai PMX sanggup mengepikan hak lebih 2 juta orang rakyat Kedah? Sudah-sudah lah…

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kedah