Biadap! Lagi Provokasi Bakar Al-Quran Ketika Umat Islam Sambut Aidiladha

Biadap! Lagi Provokasi Bakar Al-Quran Ketika Umat Islam Sambut Aidiladha

Pada ketika umat Islam sedang meraikan Aidil Adha, timbul sekali lagi provokasi yang dilakukan untuk mengguris hati umat Islam.

Di Sweden mahkamah negara itu membenarkan tindakan membakar kitab suci umat Islam di luar pekarangan sebuah masjid di ibu negara berkenaan.

Tidak habis-habis lagi dengan isu kemasukan Sweden ke NATO tindakan mereka saja direka terutamanya kepada Turkiye, bagi memberi tekanan supaya Ankara menyetujui kepada tuntutan mereka.

Inilah wajah yang mencemarkan tangannya untuk membakar kitab suci umat Islam sekaligus membakar hati para muslimin dan muslimat yang sedang menyambut hari raya Aidiladha.

Kedua-dua lelaki ini mengoyakkan Quran dan kemudian membakar al quran.

CNN melaporkan, tindakan Sweden itu dikecam Turkiye.

Turkiye menyifatkan kebenaran yang diberikan oleh mahkamah di Stockholm adalah satu tindakan provokasi dan meletakkan Sweden dalam bahaya ketika dalam tawaran menyertai NATO pada pertengahan bulan depan.

Sekali lagi, alasan kebebasan bersuara digunakan seperti dipetik kenyataan polis Sweden bagi menghalalkan tindakan biadap dan menghiris perasaan umat Islam di seluruh dunia.

Ketika ini, Sweden dan  Finland sedang berusaha memohon menyertai blok itu selepas tindakan ketenteraan ke atas Ukraine.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan mengecam perbuatan keji itu dan sesiapa yang menutup mata dengan kebiadaban itu katanya bersubahat dengan pelakunya.

Semalam,  Salwan Momika, lelaki berketurunan Iraq, ditahan oleh polis Sweden kerana didakwa melakukan ‘provokasi kumpulan etnik’ selepas menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm.

Momika, 37, berkata, dia tiba di Sweden lima tahun lalu dari Iraq dan memiliki kerakyatan negara itu.

Momika turut menganggap dirinya sebagai individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis.

Katanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.

Mengulas tindakan menghina kitab suci al-Quran itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, protes yang dilakukan Momika itu adalah “mengikut undang-undang tetapi tidak sesuai” dan terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak.

Pihak berkuasa negara itu menegaskan, protes itu tidak menyebabkan ‘gangguan kepada ketertiban’ tetapi Momika didakwa kerana dia memilih untuk membakar al-Quran berdekatan dengan masjid.

Luar Negeri