Benar sekali rakyat Terengganu sengsara dan susah sejak PAS perintah Terengganu.
1. Dulu masuk wad hospital kerajaan bila nak keluar kena gi bayar bil kat kaunter taksiran.
Sekarang ini bila nak bayar, kerani kaunter maklum tak payah susah-susah. Kerajaan Negeri tolong bayar doh.
2. Dulu 600 orang lebih nelayan pantai turun ke laut secara haram tanpa lesen. Elaun sara hidup tak dapat, minyak subsidi pun tak dapat.
2 tahun PAS perintah Terengganu, nelayan makin sengsara bila masalah lesen nelayan selesai. Tambah sengsara lagi bila Kerajaan Negeri tolong tanggung pulop bayaran tahunan untuk perbaharui lesen.
3. Dulu sistem saliran dan pengairan termasuk parit dan longkang dalam baruh padi banyak yang tersumbat tak diselenggara. Jalan dan infrastruktur bukan macam tempat rakyat cari makan.
Alhamdulillah, loni rakyat menikmati kesusahan dan kesengsaraan bila infrastruktur jelapang makanan negeri dan negara sekarang dibina baru, diselenggara dan dibaik pulih semula.
4. Jeti nelayan Kg Geliga Kemaman, Kg Losong Kuala Terengganu, Kg Tok Fakir Merchang, Kg Fikri Setiu, Kg Batin Seberang Takir dulu cukup mewah dengan jeti kayu berlubang-lubang, uzur dan hampir runtuh.
Kemewahan ini berakhir dengan kesengsaraan bila Kerajaan Negeri bina jeti konkrit baru.
5. Dulu nelayan nak keluar masuk kuala sangat senang dan mudah bila melalui kuala sungai yang cetek dan dipenuhi timbunan pasir. Kalau jatuh pun kira tak lemas sebab air cetek.
Kerajaan sengaja nak susahkan rakyat bila sekarang ini beberapa projek mendalamkan muara sungai dan membina benteng pemecah ombak sedang dilaksanakan di Kuala Mangkuk Setiu, Kuala Paka Dungun dan Kuala Merchang Marang. Bila air dalam kalau jatuh mungkin akan lemas.
6. Dulu banyak jalan kampung yang berselut, berlumpur dan berdebu. Bila kereta kotor, ini rezeki untuk kedai cuci kereta.
Kerajaan sekarang menyusahkan rakyat kerja snow wash nak cari rezeki bila banyak jalan kampung diturap dan kereta lambat kotor.
7. Dulu pukat tunda senang saja nak ceroboh zon tangkapan nelayan pantai.
Sekarang bila banyak dilabuhkan tukun dan Exco pun turun operasi sendiri di laut maka payahlah bot pukat tunda nak cari makan.
8. Dulu ramai rakyat yang layak terima bantuan dipinggirkan. Orang lain pergi terima macam-macam bantuan tapi mereka relax saja tak perlu susah-susah nak pergi ambik bantuan.
Sekarang bila nama mereka tersenarai sebagai penerima bantuan ia sedikit sebanyak menyusahkan mereka kena pakai baju comel untuk keluar ambik bantuan.
9. Dulu bila dalam majlis nak terima bantuan, mesti kena tadah telinga dengar ucapan panjang berjela dari YB. Kira berbaloi mari sebab boleh dengar syarahan YB berjam-jam.
Sekarang pergi 10 minit dah boleh terima duit bantuan. YB pun berucap 5 minit saja. Tak berbaloi dan buat susah-susah rakyat datang sahaja.
10. Dulu sekolah rendah dalam Felda seperti Felda Selasih hanya tinggal bilangan murid dalam 100 orang sahaja. Murid dah tak ramai sebab anak-anak generasi kedua tak ada tempat tinggal dan kehidupan dalam Felda.
Pandai-pandai pula YB Jabi pergi agih tanah tapak rumah generasi kedua Felda. Nanti bila anak-anak kembali buat rumah lalu menetap dalam Felda dan bilangan murid ke sekolah kembali ramai maka ini akan menyusahkan guru-guru.
11. Dulu banyak tempat dalam Jabi tak ada bekalan air bersih. Mereka tak susah nak fikir untuk bayar bil air setiap bulan.
Apa kerja pulok YB Jabi duduk cari peruntukan untuk masukkan bekalan air bersih ke rumah rakyat. Ini semua kerja cari susah kena bayar bil air setiap bulan.
12. Dulu kilang padi di Besut hanya ada 2 buah. Sehari boleh hantar 1 trip lori sahaja padi ke kilang sebab kena tunggu lama nak dapat giliran. Senang kan kerja drebar lori padi masa itu.
Sekarang kilang di Besut dah ada 4 buah. Hantarlah nak hantar berapa trip pun sehari. Jadi susah pulop laa kerja drebar lori.
13. Dulu Exco duduk dalam pejabat dan pegawai bawak laporan. Semua ok dan beres.
Sekarang susah bila habis ceruk baruh, ladang, bukit, kebun, laut, kolam dan sungai Exco turun tengok sendiri. Susahlah kerja macam ini.
14. Dulu senang kerja. Bagi baja, anak pokok, lembu, ayam dan kambing, lepas itu ikutlah nak jadi atau tidak.
Sekarang susah kerja bila Exco akan check peringkat demi peringkat sampai semua jadi.
15. Dulu senang saja anak-anak boleh naik motor tanpa lesen.
Sekarang jadi susah bila Kerajaan Negeri bagi duit suruh pergi buat lesen.
16. Dulu senang saja. Masuk berita dalam Utusan dan TV3 maka rakyat akan percaya.
Sekarang susah nak kelenton rakyat. Sepatah TPM Zahid cakap, 3 patah rakyat tak percaya!
Dr Azman Ibrahim