Sebelum ini ada baca tulisan Rusli Khan di FMT berkenaan dengan PAS dan Negeri Terengganu.
Sehingga kini sudah 4 artikel yang ditulis bermula 3 Julai hingga 6 Julai.
Sehari satu artikel. Tekun betul. Semua artikelnya menyerang PAS di Terengganu dengan agak melampau.
Dalam artikel pertama pada perenggan kedua je, dia dah kata di Terengganu tiada hotel 5 bintang, tiada shopping mall dan tiada pawagam.
Malah, tiada pelaburan baharu masuk Terengganu.
Pertama. Semuanya dakwaan ini adalah bohong.
Di Terengganu ada semuanya.
Itulah realiti di Terengganu yang sebenar.
Kedua, inilah timbangan dan indikator kepada orang luar Terengganu dalam menilai kerajaan PAS di Terengganu.
Sedangkan ini semua bukan indikator utama kepada rakyat Terengganu.
Indikator utama kepada rakyat Terengganu telah dijawab dalam satu podcast yang bertajuk ‘Are The People of Kelantan dan Terengganu Happy?’ yang dibawakan oleh BFM.
Ternyata indikator bagi rakyat Terengganu dan Kelantan dalam menilai kerajaan negeri adalah jauh daripada penilaian yang dibuat oleh Rusli Khan itu.
Dalam podcast ini pihak BFM telah turun sendiri ke Terengganu mendapatkan pandangan dari rakyat Terengganu tentang beberapa hal.
Pembangunan? Apakah rakyat Terengganu tidak mahu pembangunan?
Jawapannya rakyat Terengganu mahukan pembangunan namun pembangunan itu mestilah balance dengan kehidupan mereka.
Ini yang rakyat Terengganu dapat dan mereka sangat suka.
Malah terdapat orang dari KL sengaja pindah ke Terengganu untuk kualiti hidup yang balance ini.
Masa bersama keluarga dan tidak terkejar-kejar.
Hiburan? Rakyat Terengganu dibenarkan berhibur, ada konsert, ada pawagam, ada macam-macam hiburan dan rekreasi di Terengganu, yang boleh dilakukan secara terkawal.
Yakni patuh syariah.
Kebebasan? Kebebasan bagi rakyat Terengganu adalah mereka bebas dalam kerangka syariah.
Sudah pasti berbeza dengan kefahaman kebebasan yang diamalkan mungkin di negeri-negeri lain.
Indikator Pembangunan, Hiburan, Kebebasan yang ada di Terengganu tidak boleh digeneralisasikan dengan indikator negeri luar atau orang luar.
Mungkin bagi orang luar Terengganu mereka rasa tidak suka, tapi bagi orang Terengganu itulah identiti dan jati diri mereka.
Maka, tindakan Rusli Khan yang seolah-olah memaksakan indikator atau pandangan alam orang luar Terengganu terhadap orang Terengganu adalah sia-sia.
Inilah juga modal dan kesilapan musuh PAS apabila berkempen.
Sedang semuanya itu tidak memberikan bekas kepada pengundi di Kelantan dan Terengganu.
Kecuali, tujuan tulisan Rusli Khan bukanlah untuk menarik perhatian orang Terengganu.
Tapi sekadar dijadikan gendang untuk tarik perhatian orang pantai barat.
Ahmad Fahmi Mokhtar.