Adakah ini poster terbaik JKOM untuk tunjuk kehebatan Kerajaan Madani?
Ini taktikal menipu orang kampung menggunakan data senget.
Perbandingan apa pun tidak akan logik untuk membandingkan keadaan 2020-2021, di mana seluruh dunia dilanda pandemik dan hampir seluruh negara di dunia melalukan ‘lock-down’.
Apabila lock-down, aktiviti import-export apa jua jenis barangan makanan, komoditi serta barangan industri terjejas teruk.
Apabila aktiviti import-eksport barang keperluan terjejas teruk, bekalan barangan tersebut akan terjejas.
Kita mengalami shortage barangan tertentu terutama barangan import, sedangkan permintaan terus meningkat – terutama barang makanan.
Supply-and-Demand, supply berkurang tetapi demand tinggi – harga barang auto akan meningkat.
Tahun 2023 adalah tahun yang sudah bebas pandemik, tiada lagi lock-down. Ekonomi bebas.
Import-export juga ranchak.
Keterjejasan supply barangan import akibat perang Russia-Ukraine tidak ketara sebagaimana terjejasnya ketika pandemik dan lock-down.
Semua orang tahu, kecuali para mamat JKOM.
Bandingan 2023 harus dibuat dengan keadaan tahun 2019, 2018, 2017 atau 2016 – kerana tahun-tahun itu tidak lock-down.
Takkan para mamat JKOM terlalu benak untuk menghadam perkara ini?
Tahun 2020-2021 adalah tahun kemelut ekonomi, kesihatan dan politik yang dahsyat.
Membandingkan fasa tersebut samada untuk mendiskredit kerajaan PM8 dan PM9, adalah satu usaha jelik.
Begitu juga jika ada pihak PM8 dan PM9 menggunakan alasan fasa kesukaran tersebut untuk mengambil kredit, juga jelik.
Contohnya, geng PN tidak perlu ambil kredit pasal harga minyak RM1.45 seliter, dan OPR turun sampai 1.75%.
Sebagaimana geng PN tak perlu ambil kredit, geng lain pun tak perlu diskredit kerajaan waktu tersebut dengan kenaikan harga barang.
Yang boleh nak dikritik atau dipersoal adalah jika ada penyelewengan sewaktu pengurusan pandemik berlangsung.
Kamu koreklah Janawibawa kalau betul-betul menyeleweng, biar sampai didapati bersalah dan dipenjarakan.
Duk buat cerita perbandingan senget, jangan ingat rakyat tak cerdik.
Sepatutnya kita semua – tak kira kerajaan atau pembangkang serta seluruh rakyat Malaysia perlu bersyukur dapat mengharungi fasa yang begitu sukar itu dengan baik, sabar dan mudah-mudahan mendapat keampunan serta ganjaran di sisi-Nya.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa