Antara Anwar Dan Peneroka Felda, Siapa Lebih Dipercayai?

Antara Anwar Dan Peneroka Felda, Siapa Lebih Dipercayai?

Peneroka Felda Taib Andak, Tosrin Jarvanthi kata: “Pelupusan hutang Felda telah dilaksanakan pada 2021 dengan penghapusan lebih 70 hutang-hutang peneroka.

“Jumlah keseluruhan hutang saya bernilai RM85,313. Hapus hutang kebun ialah RM76,461.88. Jadi baki hutang saya ialah RM8,851.12.

“Penghapusan hutang dilaksanakan pada tahun kewangan 2021 dan tertakluk kepada peneroka yang menandatangani perjanjian pengurusan kebun yang menjual hasil kebun terus kepada Felda.”

“Pada November 2021, baki hutang saya telah ditolak dengan potongan RM463.”

Ketua Pentadbir Ladang Felda Taib Andak, Hairolnizam Kusnin kata: “Saya keliru dengan kenyataan pelupusan Felda baru-baru ini, kerana kami telah membayar baki hutang selepas pelupusan dibuat sebanyak kira-kira RM400 sebulan.

“Sebelum pelupusan hutang dibuat, peneroka atau wakil perlu membayar RM800 hingga RM1,500 berdasarkan keluasan tanaman.”

Peneroka Felda Gunung Besout 3, Jamil Mansor kata: “Masa Tan Sri Muhyiddin (Yassin) datang, dia yang berjaya menghapuskan, melunaskan hutang-hutang peneroka Felda.

“Memang berpuas hatilah sebab dia menyeluruh.”

Peneroka Felda Gunung Besout 2, Asiah Yusof kata: “Abah (Muhyiddin) ada datang bagi ceramah, peneranganlah untuk kita di Felda ni, dia kata satu daripadanya hutang dah dilunaskan RM8.3 bilion.

“Buah sawit pun, dialah yang punya kerja keras dialah kita dapat harga buah yang mahal, jadi macam mana pun kita ingatlah dia.”

Rata-rata peneroka juga memberi respons yang sama di media sosial.

Terpulang kepada rakyat untuk menilai.

Yang pasti, kebajikan peneroka Felda akan sentiasa menjadi keutamaan PERIKATAN NASIONAL.

AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isu Semasa