Apa Nak Jadi?

Apa Nak Jadi?

Rakyat semua tahu bahawa PM kerajaan Madani-lah yang mengingatkan agar isu 3R ( agama, raja dan kaum) tidak dimainkan dalam menghadapai PRN di 6 buah negeri nanti.

Tetiba pekung sebenar meletup dengan isu ucapan Lim Guan Eng sendiri yang menakut-nakutkan pengundi-pengundi Cina konon tokong akan diroboh dan kebebasan agama akan dihalang sekiranya Gelombang Hijau yang dibawa oleh Perikatan Nasional menang dalam pilihanraya.

DAP selalu menafikan bahawa mereka bukan penaja Islamofobia.

Tetapi penafian mereka tidak selari dengan apa yang diucapkan.

Pembohong akan membuat pembohongan kedua untuk menafikan pembohongan pertama.

Apabila PAS menjelaskan tentang Islamofobia, dituduhnya PAS rasis.

Sedarkah mereka bahawa rakan kongsi mereka sekarang iaitu Dr Asyraf Wajdi pada 2019 telah menulis suatu artikel yang bertajuk “10 BUKTI PEMIMPIN DAP-PH PENCETUS API PERKAUMAN DAN RASIS?

Dipetik salah satu fakta dalam tulisan Asyraf:

(4) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa Agenda Penyatuan Ummah di antara UMNO-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. (5 Mac 2019).

Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dikenakan tindakan yang setimpal dengan frasa ‘pengisytiharan perang’ itu? Tidak.

Dan sebab itulah Lim Guan Eng dan pemimpin DAP menjadi angkuh dan tidak menghiraukan undang-undang.

Kata-kata yang mengancam perpaduan kaum dan berbentuk rasis akan diulang-ulang. Diulang-ulang.

Apakah kerajaan nak tunggu negara jadi huru-hara dan berlaku pergaduhan baru hendak bertindak?

Susulan ucapan Lim Guan Eng yang bernada rasis tersebut, beberapa laporan polis telah dibuat.

Tetapi apa yang berlaku ialah Lim Guan Eng pula menuduh bahawa Pemuda Perikatan Nasional yang membuat laporan polis telah melakukan suatu jenayah kerana membuat laporan palsu.

Dakwanya, ucapannya telah disalah petik oleh portal Malaysianow.

Bukankah sepatutnya beliau menyaman portal berita itu jika benar dia tidak bersalah?

Lebih mengejutkan lagi apabila Zahid Hamidi pula yang membela Lim Guan Eng.

Konon katanya, laporan polis itu bertujuan membunuh karektor Lim Guan Eng.

Sepatutnya, sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu orang nombor 2 kerajaan, beliau tidak mempertahankan benang yang basah.

Kalau Kerajaan Madani ikhlas dalam melarang penggunaan unsur 3R, serahkan saja kepada pihak polis untuk menyiasat berdasarkan laporan yang dibuat.

Jangan awal-awal lagi sudah nampak memihak kepada sekutu.

Rakyat akan menilai larangan unsur 3R dalam kempen hanya larangan berat sebelah.

Tujuannya hanya untuk menghalang dan menyekat kemaraan PN dan mengenakan tindakan terhadap pemimpin PN yang menyentuh isu tersebut.

Lihatlah apa yang mereka lakukan terhadap tik tok.

Tik Tok siapa yang menjadi mangsa sekatan?

Kata orang; sekilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

Perbuatan mereka tidak sekali-kali menguntungkan sebaliknya membangkitkan semakin ramai pembenci terhadap kerajaan PHBN.

Konklusinya, rakyat akan tengok kesudahan isu ini.

Adakah Lim Guan Eng terus selamat daripada segala pertuduhan?

Atau adakah semua bangsa Melayu, Cina dan India akan sedar penipuan atas nama Madani selama ini?

Beruntunglah PN kerana PH tidak pernah belajar daripada kesilapan pemerintahan 22 bulan yang penuh celaru dan pembohongan.

Ada satu peribahasa lagi yang berkait dengan kerajaan Madani ini.

Iaitu SOKONG MEMBAWA REBAH.

Tunggu episodnya.

Bayang DiAir

Kolumnis