Apabila seseorang itu terlalu kerap menipu demi menjaga imej dan kredibilitinya, maka jangan pelik kalau mereka boleh menipu sepantas mereka bernafas.
Acap kali puak yang suka menipu ini adalah kumpulan politikus.
Hari ini aku nak bercerita pasal Anwar Ibrahim dan rakan-rakan kerajaan mereka.
Aku sudah tak dapat tahan lagi, perangai menipu mereka menjadi-jadi.
Telah aku bagi masa selama setengah tahun kepada Pakatan Harapan bawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk buktikan yang mereka mampu mentadbir dengan prinsip tapi ternyata mereka khianati undi aku dan bertindak menipu lagi.
Sebelum PRU-15 lagi sudah menipu.
Kau kata kau tak ada buat kerjasama dengan Zahid atau UMNO.
Akhirnya kononnya demi menyahut seruan Agong, kau kata terpaksa terima Zahid sebagai TPM.
Kau nak tipu sapa?
Perbualan kau dengan Zahid pada malam selepas PAU 2021 tu memang betul berlaku pun.
Memang kau sudah rancang nak jadi PM dengan sokongan Zahid.
Annuar Musa si penunggang Melayu itu pun dah akui surat Zahid kepada Agong menyokong kau sebagai PM telah dibuat pada 2021 lagi.
Kemudian, semasa menjadi PM.
Kau kata kau tak akan terima jawatan Menteri Kewangan.
Anak didik kau Rafizi Ramli kata itulah punca Najib Razak jadi korup.
Sebab PM dan Menteri Kewangan orang yang sama.
Tiba-tiba semasa pengumuman kabinet, rupanya kau sendiri yang jadi Menteri Kewangan.
Ini bukan benda kecil!
Ini soal prinsip Pakatan Harapan yang menjulang budaya demokrasi sihat.
Tapi kau jual segalanya demi kau jaga kuasa kau.
Kau tipu sekali lagi penyokong kau sendiri!
Kau kata kau Presiden Parti KEADILAN Rakyat.
Tapi kau sendiri zalim.
Kau tekan pula pembangkang zaman kau dengan pelbagai syarat merapu dan mengarut.
Dulu sewaktu kita Pembangkang, kita perjuangkan hak peruntukan adil kepada parti Pembangkang.
Sekarang, di saat kau berkuasa, kau suruh mereka tandatangan perjanjian sebelum diberikan dana.
Adil apa macam ini?
Satu sen pun duit tak sampai kepada rakyat di kawasan pembangkang.
Apa mereka bukan rakyat kau kah Anwar Ibrahim?
Kau kata kau membawa Keadilan, kau nak tipu siapa lagi?
Kau dulu adalah aktivis mahasiswa.
Menentang segala kebobrokan kerajaan yang memperbodohkan mahasiswa.
Tapi kini kau tipu diri sendiri.
Kau guna segala kekuasaan kau dan kau cuba membeli jiwa golongan siswa untuk bersama kau.
Tapi amat menyedihkan, kunjungan kau ke kampus penuh dengan retorik politik dan jawapan menipu.
Siswa tanya apa hala tuju ekonomi Madani, tapi kau tak jawab.
Kau masih sama dengan modal menentang rasuah kau.
Aku tak nafikan niat kau, tapi siapa lagi nak percaya pembohongan kau kalau Zahid masih menjadi timbalan kau?
Tidak, aku tak marahkan keadaan ekonomi yang semakin merosot.
Aku tahu kau sedang berusaha.
Tetapi aku marah dengan penipuan demi penipuan kau.
Kalau itu bukan usaha kau, tak perlu kau nak mengaku itu usaha kau.
Hutang Felda berbillion itu, bukan usaha kau.
Kau jangan buat muka tak tahu malu menipu di hadapan ribuan pegawai Felda!
Segala teguran dan peringatan daripada YB Hassan Karim tidak kau pedulikan.
Walhal aku dan Hassan Karim punya hasrat sama, tolong berprinsip dalam memimpin.
Berhentilah menipu dengan mudah.
Kau boleh cuba menipu rakyat.
Tapi lambat laun mereka akan sedar.
Betapa kepimpinan kau Anwar, penuh dengan penipuan!
Oleh: Sulaiman Akhlaken