Tuduhan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail amat berat kepada Kerajaan Negeri Kedah dan saya selaku Menteri Besar.
Hal seperti ini berlaku kepada semua Kerajaan Negeri seluruh negara sejak merdeka lagi.
Paling banyak peruntukan MARRIS digunakan untuk pembangunan ialah di zaman BN dan PH memerintah negeri ini puluhan tahun lamanya.
Saya telah menyemak pengurusan MARRIS dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini dan Laporan Ketua Audit Negara (KAN) dengan Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri dan disahkan tiada satu sen pun peruntukan MARRIS digunakan untuk tujuan lain sejak saya menjadi Menteri Besar.
Hanya terdapat beberapa peratus kekurangan dalam perbelanjaan kerana projek tidak dapat disiapkan, tetapi peruntukannya tidak digunakan untuk projek lain.
Kedah adalah satu-satunya negeri yang telah berusaha memperbetulkan sistem pengurusan kewangan (accounting) dalam peruntukan MARRIS dengan mewujudkan Tabung Amanah MARRIS dan diselaraskan dengan Akaun Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.
Permohonan kelulusan langkah ini kepada MOF telah dibaca dan dipetik secara salah oleh DS Saifuddin.
Jumlah sebenar peruntukan MARRIS yang berbaki atas kertas adalah RM1bilion, bukannya RM1.6 bilion.
Jumlah ini adalah baki komulatif sejak merdeka lagi, bukan sewaktu saya menjadi MB.
Hanya ketika negara dilanda Covid-19 pada tahun 2020, yang nengakibatkan projek penyelenggaraan jalan tidak dapat dilaksanakan.
Berikutan itu perbelanjaan peruntukan MARRIS tidak dapat mencapai 85% seperti yang disyaratkan oleh Majlis Kewangan Negara.
Hal ini turut dialami oleh semua negeri di Malaysia.
Satu laporan polis akan dibuat segera bagi menghentikan fitnah yang jahat kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Kedah oleh DS Saifuddin Nasution Ismail berkaitan hal ini.
Oleh: Muhammad Sanusi Md Nor