JKOM Dan Strategis Madani

JKOM Dan Strategis Madani

Geng walanon hanya baca dan tengok ceramah pemimpin PH yang membantai Sanusi, tapi tak tengok pun jawapan balas Sanusi.

Benda Sanusi jawab banyak kali dah, dua tiga hari dah Sanusi jawab, bila kita baca komen-komen walanon – memang cara komen depa tu tak pernah tengok dan hadam jawapan balas Sanusi tentang isu yang dibangkitkan oleh pemimpin PH.

Walanon duk syiok dengan persoalan yang dianggap menpercidukkan Sanusi, tetapi depa tak tengok jawapan Sanusi yang lebih kredibel dan tepat.

Manakala walaun, peminat Sanusi, rakyat tidak berparti – mereka ini semua tengok kedua-dua belah pihak.

Kenyataan dan tuduhan menteri PH depa tengok.

Kemudian depa akan tunggu Sanusi jawab untuk mereka hadam siapa betul, siapa merapu.

Sebab itu depa boleh menilai bahawa menteri PH berbohong dan bersikap jahat.

Geng walanon tidak dapat menilai, sebab hanya mahu hadam sebelah pihak sahaja.

Contohnya isu duit MARRIS yang dihambur oleh Safuddin.

Tanyalah mana-mana walanon, depa akan ulang apa yang Saifuddin sembur sahaja – dalam komen, dalam status fb dalam TikTok.

Duk ulang tanya benda yang Sanusi dah jawab.

Maknanya walanon tak mahu jawapan Sanusi pun, depa hanya mahu telan tuduhan merapu menteri sahaja.

Sama juga isu Saifuddin tuduh Sanusi kena kompaun sebab curi REE. Sanusi dah jawab.

Siap pegawai yang sign kompaun tu pun ada disebelah dia ketika sidang media.

Dia siap baca surat kompaun tersebut, sebut nama siapa yang kena kompaun, kesalahan apa bagai.

Sah-sah Saifuddin berbohong secara serius dan memfitnah.

Tapi percayalah, walanon akan ulang cerita Sanusi curi REE sampai PRN nanti.

Sebab depa tak tengok pun jawpaan Sanusi.

Depa akan post dan repost video Saifuddin baca buku nota tuduh Sanusi mencuri REE.

Itulah bezanya antara walanon dan rakyat yang menyokong Sanusi.

Strategist Madanon dan JKOM gagal membaca sikap rakyat yang menyokong Sanusi itu bagaimana.

Depa hanya kaji dan serang Sanusi, tetapi gagal mengkaji kenapa rakyat marhaen sokong Sanusi.

Abaikan walaun sebab walaun takleh dikira dalam data.

Ambik data orang tidak berparti, kenapa depa sokong Sanusi.

Kuncinya, Sanusi jawab dengan cepat.

Pagi kamu bedil dia, tengahari dia terus jawab.

Petang kamu tibai dia, malam dia jawab.

Rakyat mudah dapat jawapan balas sebelum para walanon kembangkan persepsi bohong tersebut menjadi jalan cerita yang ditokok tambah.

Apabila jawapan pantas, jalan cerita tokok tambah tidak akan berjaya menembusi minda rakyat marhaen yang sudah ada jawapan Sanusi yang lebih sharp.

Lebih memberi keyakinan, selepas Sanusi jawab, orang yang menuduh terus diam membisu – tiada reply ke atas jawapan Sanusi.

Dari situ, rakyat semakin yakin dengan Sanusi.

Simple macam tu saja.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa