Jika dilihat maksud di sebalik membina Malaysia yang lebih baik, kita belum lagi berada dalam keadaan yang lebih baik.
Kita bukan sahaja tidak menumbuh, kita juga masih tidak stabil dan oleh yang demikian kita mahu membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.
Peranan para profesional untuk membina Malaysia yang lebih baik tidak bermakna bahawa pihak-pihak yang lain dalam komuniti masyarakat kita ini tidak ada peranan.
Kita ada petani, nelayan, pensyarah, ulama, pelajar yang juga berperanan dalam masyarakat kita.
Jangan sekali-kali memperkecilkan peranan yang lain.
Persoalan untuk membina negara Malaysia yang lebih baik memerlukan suatu proses yang cermat, berstrategi, pelaksanaan yang kemas dan perlu dilakukan tanpa tergopoh gapah dan penuh hikmah.
Ia memerlukan kesungguhan bukan sahaja oleh ahli politik tetapi semua peringkat masyarakat.
Setiap organisasi atau parti mempunyai perancangan jangka masa pendek dan panjangnya yang tersendiri.
Mewakili PAS, parti ini mempunyai Wawasan Induk Sejahtera 2051 yang tentunya tidak sempurna tetapi PAS terbuka untuk sebarang penambahbaikan.
Di Terengganu, kita telah membangunkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2023 atau PITAS 2023 sebagai satu roadmap dan ada penanda aras sendiri.
Kita juga baru melancarkan laporan pencapaian PITAS, buku kejayaan negeri Terengganu, kad laporan prestasi kerajaan untuk menkonklusikan 5 tahun pentadbiran PAS di Terengganu.
Pada malam angkat sumpah sebagai MB Terengganu, saya telah ditanya oleh wartawan pendekatan bagaimana yang saya ingin laksanakan.
Saya menekankan 2 perkara iaitu budaya politik matang dan sehjahtera dan politik kasih sayang yang memberi gambaran bahawa segala program, projek dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini yang elok kita perbaiki yang mendatangkan kesan yang buruk kita tamatkan dan kita tidak mencari kesalahan orang lain ketika itu.
Hasilnya, kita berjaya memulihkan beberapa projek contohnya stadium Terengganu yang runtuh, projek hotel terbengkalai dapat disiapkan dan ada belasan lagi program-program dan projek-projek yang terbengkalai dan sesetengah itu rosak teruk.
Ada juga yang masih memerlukan pendekatan untuk diperbaiki ataupun dipulihkan.
“I don’t give marks to myself I evaluate for myself to increase what should I do to enhance my work not to glorify myself or our government to the public”.
Saya masih lagi tidak berpuas hati dan kami memerlukan lebih banyak penggal bukan setakat penggal kedua tetapi penggal-penggal yang seterusnya supaya kita dapat mengembalikan negeri kita ke landasan yang betul.
Antara kejayaan negeri Terengganu yang utama:
1. Prestasi KDNK Terengganu menunjukkan trend peningkatan yang konsisten.
2018 : 2.5 %.
2019 : 3.3 %.
2021 : 3.7%
2022 : 5.9 %.
Pada tahun 2020, tidak berlalu peningkatan kerana pandemik Covid-19.
Sebelum PAS mengambil alih Terengganu, nilai pelaburan pada penggal 2013-2017 adalah RM5.33 bilion.
Bagi penggal 2018-2022 Terengganu mencatatkan nilai pelaburan RM12 bilion untuk pelaburan asing di Terengganu.
Kadar penggangguran menurun.
2018 : Kedudukan ke-3 tertinggi
2019 : Kedudukan ke-4 tertinggi.
2020 : Kedudukan ke-9 tertinggi
2021 : Kedudukan ke-10 tertinggi.
Prestasi GLC meningkat setiap tahun dengan hasil RM1.57 bilion.
Terengganu telah membuat “restructuring and realignment” terhadap GLC di Terengganu.
Hutang kerajaan negeri kepada pusat berjaya dikurangkan sebanyak 70.6% dalam tempoh 4 tahun berjumlah RM650 juta.
Baki yang tinggal sekitar RM200 juta.
Terengganu mengungguli tempat pertama dalam indeks terbuka belanjawan Malaysia dengan skor 85% yang diberikan oleh oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi.
Ini adalah beberapa kejayaan secara luaran sahaja yang boleh dikongsikan.
Seperti yang saya tekankan, ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ini membuktikan usaha dan kesungguhan serta semangat yang ada untuk melakukan perubahan di peringkat negeri dan perkara yang sama diperlukan di peringkat pusat.
Oleh: YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar