Untuk seorang yang berasal dari keluarga susah 13 orang adik beradik dari Kampung Sungai Pau…yang baru sangat-sangat jadi Menteri Besar…tetapi hampir menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen negeri untuk partinya dan menjadi tumpuan utama serta TARGET hampir kesemua pemimpin politik kerajaan…
SANUSI adalah satu fenomena.
Kita boleh kata apa saja, menafsir apa saja, berkata apa sahaja…tetapi gelombang Sanusi tidak boleh dinafikan telah mencipta satu ‘Gelombang’ yang bukan biasa-biasa.
Kemampuannya mencipta naratif perjuangan untuk membawa Kedah keluar dari negeri miskin sejak sekian lama, menaikkan semangat nasionalisma dan patriotisma anak-anak bumi jelapang padi tidak akan terhenti dengan segala bentuk tekanan yang diterimanya.
Sebagai pemerhati, saya merasakan SANUSI akan semakin kuat dan semakin kuat selepas ini.
Mungkin saya tak betul, namun fakta ini tak semestinya salah.
Tunggu.
Percayalah, cerita ini takkan habis di sini…dan ia sebenarnya baru bermula!
Syahril A. Kadir



