Gabungan PH-BN bukanlah suatu pilihan yang baik untuk diamanahkan menjadi pemimpin di negeri Kelantan.
Abe kakok, kalu ore Klate tok undi PAS, dio nok undi gapo? PH-BN? Menasaboh.
PRU-15 tempoh hari rakyat Kelantan sudah membuat pilihan, dari 9-5 jadi 14-0.
Dari PRU-15 kita lihat, jumlah undi PAS bertambah manakala jumlah undi BN menurun walaupun berlaku pertambahan jumlah pengundi Kelantan.
Dengan kata lain, secara kesimpulannya begini ;
1.Pengundi tegar PAS terus menyokong PAS
2.Pengundi baharu memilih PAS
3.Pengundi BN berpindah kepada PAS
Parlimen Tumpat dapat majoriti 34,793 undi, Pengkalan Chepa (38,270 undi), Kota Bharu (22,613 undi), Pasir Mas (30,717 undi), Bachok (29,901 undi), Ketereh (23,107 undi), Tanah Merah (44,485 undi), Pasir Puteh (29,109 undi) Machang (10,154 undi), Kuala Krai (25,188 undi), Gua Musang (163 undi), Jeli (12,464 undi), Rantau Panjang (20,636 undi) dan Kubang Kerian (40,847 undi).
Pengerusi UMNO Kelantan kalah.
MP BN 11 penggal, Tengku Razaleigh Hamzah pun kalah.
Itu waktu PRU-15, sebelum berlaku penggabungan PH-BN yang dibuat oleh Presiden UMNO yang pernah mengungkapkan ‘No Anwar No DAP’.
Sekarang dengan pelbagai rekod buruk yang ditunjukkan kepimpinan kerajaan PH-BN, agak-agak atas hujah apa lagi rakyat hendak memilih mereka?
PAS Kelantan pula telah melaksanakan 99% manifesto yang telah dijanjikan.
Jadi mari semua rakyat Kelantan kito ppakat turun mengundi dan pakoh bule 12 Ogos ni.
Kita sampaikan mesej bahawa rakyat tidak memberi restu kepada kerjasama PH-BN.
Ahmad Fahmi Mokhtar