Patutlah pemimpin UMNO Terengganu dengki sangat dengan kerajaan Terengganu sekarang.
Terengganu tak kalut buat bangunan pencakar langit, tetapi fokus pembangunan yang menjejak bumi.
Sebanyak 28,260 lot tanah telah diberikan kepada rakyat Terengganu dan sebanyak 7,601 lot tanah terkilan (tanah yang dirampas kerajaan selepas PAS tadbir Terengganu 1999-2004) telah dikembalikan.
Dalam bab rumah, sejak 2018 sehingga sekarang, 3,165 unit rumah mampu milik sudah siap dibina dan diagihkan, manakala 12,660 unit lagi sedang dalam pembinaan.
Kerajaan negeri rancang 15,681 projek dan berjaya siapkan 14,934 projek (95.2%) dalam tempoh 4 tahun. Memang A+.
Kerajaan negeri fokus pada projek berkaitan bekalan air, perumahan, masjid, sekolah, institut pendidikan, jalan dan jambatan, tebatan banjir dan kemudahan sukan.
Malah dari segi pelaburan selama 5 tahun ini, kerajaan negeri telah berjaya membawa masuk sebanyak RM11.59 bilion pelaburan mengikut laporan MIDA.
Dalam bab pendidikan, Terengganu sekarang ada 11 buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), sebuah Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), penubuhan sebuah Kolej Universiti Quran Terengganu dan pembinaan Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Sheikh Duyong.
Projek-projek yang terbengkalai dan bermasalah sebelum ini seperti stadium gong badak, projek bebas cukai kenyir dan lain-lain, kerajaan ambil tanggungjawab dan selesaikan secara berperingkat.
Malah pelbagai bentuk bantuan kebajikan yang diperkenalkan untuk membantu dan meringankan bebanan rakyat. Bermula dari Skim Permata Sejahtera sehinggalah Pencen Rakyat.
Alhamdulillah kerajaan negeri bijak susun keutamaan. Jangan kalut bahas bangunan tinggi kalau keperluan asas rakyat tak selesai.
Bayangkan betapa banyak manfaat rakyat Terengganu dapat daripada projek-projek tersebut.
Insya-Allah kukuh yang asas ini kerajaan negeri akan upgrade pula kepada pembangunan-pembangunan lain yang akan memberi manfaat buat rakyat dan negeri Terengganu.
Kerajaan negeri sudah main peranan. Sekarang menjadi tugas rakyat pula untuk turun mengundi dan #TeguhPertahan kerajaan PAS Terengganu pada 12 Ogos nanti.
Kita pakat undi PAS deh.
Ahmad Fahmi Mokhtar