Aku baru tahu wei, rupanya pangkat kehormat yang diberikan kepada Sanusi buka pangkat free.
Rupanya dia memang layak untuk pangkat tu.
Bila Menteri Dalam Negeri cadang untuk lucutkan jawatan Sanusi, aku terfikirlah juga, boleh ker suka-suka pakaikan, suka-suka lucutkan.
Aku pun call kawan aku kat TLDM.
Camni penjelasan dia, Laksamana Pertama (K) TLDM tu ditauliahkan oleh KDYMM Yang Di-Pertuan Agong pada 2021.
Istiadat Pemakaian Pangkat tu dibuat oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri dan Panglima Tentera Laut ketika itu.
Asas kepada pemilihan Sanusi untuk menerima Laksamana Pertama (K) TLDM tu adalah kerana Sanusi telah menjalani kursus Pegawai Kadet selama 3 tahun bersama Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) TLDM sewaktu di USM dan telah ditauliahkan pangkat Left Muda PSSTLDM oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong pada 1997.
Kebanyakan siri latihan itu dijalankan di Cawangan Latihan Pegawai KD Pelandok dari 1994-1997.
Kemudian Sanusi menyertai KD Sri Pinang sebagai Pegawai Kerahan dan menjadi jurulatih PSSTLDM di situ.
Haaa, gempak kan. Bukan calang-calang Sanusi ni.
Dia power dan true soldier wei.
Jadi bagi yang pandai-pandai pertikai dia dan suruh lucutkan pangkat dia, aku cadang kita buat pertandingan tembak ayam dengan Sanusi. Tengok sapa menang.
Satu lagi aku nak bagitau mempertikaikan pangkat Laksamana Pertama (K) TLDM itu adalah sama dengan mempertikaikan kebijaksanaan dan budibicara YDP Agong yang memberikan tauliah tersebut.
Bukankah itu juga satu penghinaan kepada institusi Raja?
Mana Fahmi Fadzil?
Hantarlah radio car. Ke tak berani?
Nurul Islam Mohamed Yusoff
