Kita sembang sebelum tempoh kempen bermula.
Mood rakyat, jelas menolak PH/BN walaupun media-media pro PH/BN dan cybertruper mereka menafikannya.
Ini cerita mood sebelum penamaan calon yang PH/BN kena renung balik supaya memperbaiki kesilapan sebelum masuk gelanggang.
Kita lihat kempen kerajaan Madani, pelbagai pengumuman yang baik-baik, janji-janji yang bagus-bagus yang PMX dan para menteri buat sepanjang 8 bulan mentadbir kerajaan Pusat, tetapi kenapa rakyat still menterjemahkan penolakan mereka dengan memberi sokongan besar dalam siri jelajah politik Perikatan Nasional?
Punca utama adalah pembohongan yang jelas terang, sifat balas dendam, dan sifat angkuh dengan kuasa.
Mungkin ketiga-tiga ini sifat semula jadi pihak PH/BN, ataupun hanya sifat yang terbit ketika terdesak sahaja.
Tetapi ia menjadi punca rakyat menolak.
Mari kita tunjuk contoh:
ISU PH BEKERJASAMA DENGAN BN
Apa saja justifikasi PH/BN menggunakan istilah ‘titah’ YDPA untuk membentuk kerajaan perpaduan – masih gagal diterima rakyat.
Ia memberi naratif – Anwar-PH telah menipu rakyat (Hoi Ho Ya Hoi), dan Zahid-BN menipu ahli-ahli UMNO/BN (No DAP No Anwar).
Perkara ini adalah benar-benar tular dalam hati dan emosi rakyat.
You gagal accept benda ni, you takkan dapat atasi masalah yang timbul terkait perkara ini.
You terkial-kial bawa naratif kerajaan perpaduan itu “titah agung” – tetapi satu permintaan maaf pun tak ada.
ISU TURUN HARGA MINYAK
Ini naratif yang masih menjadi tular dalam sanubari rakyat – sebab 25 tahun dicanang dan diulang ucap oleh DS Anwar tentang tekadnya untuk menurunkan harga minyak hanya dengan adanya kuasa pusat dan kuasa perdana menteri.
25 tahun didoktrin demikian – tidak hairan rakyat tuntut balik walaupun logik ekonomi kata agak mustahil.
Masalahnya bukan di situ.
Masalahnya, DS Anwar tak pernah minta maaf pun kepada rakyat atas kegagalan menurunkan harga minyak – tetapi hanya reti salahkan orang lain pula.
ISU PMX/MADANI LAWAN SANUSI DAN PEMIMPIN PN
Zaman media sosial ini, maklumat pantas.
Samada berita betul atau berita fitnah rekaan – kerajaan Madani gagal hadap dengan baik.
Rakyat nampak dengan mata kepala sendiri bagaimana kerajaan Madani menindas pihak Perikatan Nasional.
Bagaimana peruntukan kepada MP PN tiada, serangan bertubi ke atas Sanusi, TS Muhyidin dan seumpamanya.
Jangan lihat dari kacamata penyokong PH.
You kena pandang dari sudut pandang penyokong PN dan rakyat – baru you boleh tahu kenapa dan apa yang rakyat nampak.
Baru boleh tackle dan cari solusi.
Sehingga hari ini, taktikal you langsung tidak mengena untuk selesaikan masaalah dan meneutralkan emosi rakyat.
Malahan tindakan you memprovoke tambah kepada emosi rakyat.
ISU TAKFIRI DAN 3R
Isu ini sebenarnya menampakkan kerajaan madani hilang fokus.
Hanya membesarkan isu takfiri dan 3R dalam siri ceramah jelajah Madani – mungkin sebagai alasan untuk disebut dalam post mortem jika kalah kelak.
Tak habis-habis bangkitkan isu “PN main 3R, PAS takfiri”.
Padahal rakyat tak nampak apa-apa permainan takfiri pun.
Kalau ada satu dua penceramah PN buat hal tersebut, ia hanya kes terpencil yang tidak ada dalam mainstream PN.
Rakyat pun cerdik, tak anggap perkara terpencil itu sebagai mainstream.
Tapi rakyat nampak kegagalan PH/BN itu yang mainstream memudaratkan negara.
Sekali lagi saya ulang – pandang dengan cara dan naratif rakyat jika nak cari solusi.
Kalau masih duk pandang cara walanon pandang – you takkan jumpa solusi.
You akan jadi bodoh seperti walanon – orang nak cari solusi, walanon kasi create tambah problem.
Problemnya adalah sokongan rakyat terutama orang Melayu/Muslim.
Dari sudut ekonomi, bukan orang Melayu sahaja dapat lihat ketidakmampuan kerajaan PMX, malahan orang-orang Cina dan India pun sudah mula nampak.
Hanya tunggu masa sahaja untuk merebak ke Pulau Pinang dan Selangor.
Mereka pun nampak menteri hilang fokus – kerana menggelabah dalam menghadapi PRN.
Sepatutnya pemimpin parti PH/BN peringkat negeri yang menggelabah, tetapi yang teruk gelabah adalah pemimpin PH/BN yang menjadi PMX dan menteri di Pusat. Something wrong?
Kesimpulannya, masih ada masa untuk kerajaan madani ubah naratif bongkak kepada naratif merendah diri.
Step pertama, PMX mohon maaf kepada rakyat – bahawa PH terpaksa untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.
Minta maaf pasal gagal turunkan harga minyak.
Berjanji akan usahakan turunkan harga minyak secara berperingkat.
Turun 1 sen pun boleh sebagai permulaan.
Kalau benda ni tak setel, kamu angkut Tesla ka, buat rumah untuk Elon Musk tinggal di Cyberjaya ka… rakyat tak pandang.
Sebab telah set dalam minda rakyat – PMX wayang.
Jalan dua step tu dulu.
Nanti lepas penamaan calon, kita kasi idea tambahan.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa