Siapa yang menyokong Sanusi?
Pertamanya, of course orang PAS sokong Sanusi.
Of course orang Bersatu akan sokong Sanusi kerana satu team dalam Perikatan Nasional.
Of course penyokong Gerakan pun akan sokong Sanusi kerana Gerakan ada dalam Perikatan Nasional.
Ini dinamakan sokongan kerana satu team.
Mereka ini tiada penyakit Walanonisme.
Kedua – orang UMNO yang tidak dijangkiti penyakit Walanonisme yakni spesis yang wala’ dan kagum dengan DS Anwar.
Spesis UMNO yang tanpa Walanonisme ini secara amnya tidak menyokong Sanusi, tetapi berpotensi untuk menyokong Sanusi jika mereka kerap mengikuti kerja buat Sanusi, ceramah Sanusi, style politik Sanusi dan ideologi politik Sanusi.
Tak kenal maka tak cinta.
Ketiga – pihak yang tidak suka kepada DS Anwar dan Walanonisme.
Mereka ini cenderung menyokong Sanusi selagi Sanusi melawan DS Anwar, Pakatan Harapan dan Walanon.
Mereka terdiri daripada team Mahathir, team ‘korporat orang-orang kaya’, serta parti-parti kecil yang menolak Pakatan Harapan.
Keempat – Rakyat Marhaen yang rasa tertipu dengan propaganda PMX dan Pakatan Harapan, yang nampak kelemahan kerajaan pimpinan PMX, yang nampak politiking melampau oleh menteri-menteri Madani dan seumpamanya.
Yang tidak mudah untuk menyokong Sanusi hanyalah golongan yang ada penyakit Walanonisme, atau telah bersebati dengan virus Walanonisme.
Mereka ini tidak dapat diajak menyokong Sanusi, tidak akan mahu mendengar logik penerangan Sanusi – bahkan mereka lebih suka mempercayai kelentongan PMX serta kuncu-kuncunya.
Contoh orang-orang yang bukan penyokong PN bahkan ada yang pernah melawan PAS, tetapi mereka suka kepada gaya politik Sanusi – contohnya: Khairy Jamaluddin dan Zaid Ibrahim.
Malahan ada penulis-penulis politik yang pro-PH seperti Mat Saman Kati pun berminat dengan ucapan Sanusi dek kerana kerap dengar – dia akan teruja untuk mendengar lagi.
Tak semestinya mereka ini sokong Sanusi, tetapi orang yang reti menilai, akan berminat.
Kerana mereka ini tiada penyakit Walanonisme.
Tiada mental block untuk menilai pandangan semua pihak.
Orang-orang UMNO yang tidak pernah ada penyakit Walanonisme jika kerap dengar ucapan Sanusi – mereka akan boleh menyokong Sanusi.
Cuma syaratnya ucapan Sanusi itu tidak hentam UMNO secara keterlaluan.
Logik-logik Sanusi mudah diterima marhaen dan orang-orang yang reti berfikir.
Susunan kata ucapannya teratur dan ada point yang baik untuk diteliti.
Kelemahan Sanusi pada sesetengah orang adalah dia suka cakap lepas dan suka ‘maki’ orang.
Orang low class akan hanya fokus pada ‘makian’, tetapi orang yang cerdik akan ambil point kebaikan yang jauh lebih banyak berbanding ‘makian’.
Dia hanya berkasar dengan orang yang ‘main kasar’ dengan dia.
Jika orang play nice dengan dia, dia akan reply very nice juga.
Orang yang tak biasa bertemu dan bekerja dengan dia, tidak akan tahu.
Lebih-lebih lagi yang ada Walanonisme.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa