Falsafah Sanusi Dalam Pemberian Geran Tanah

Falsafah Sanusi Dalam Pemberian Geran Tanah

Ada orang pandang rendah dan pandang lekeh usaha MB Sanusi luluskan pemberian lebih 7000 geran tanah kepada penduduk yang telah memohon sejak 40-50 tahun dahulu lagi.

Ada yang kata BN dan PH dulu pun luluskan pemberian tanah juga.

Sebenarnya jauh beza pemberian geran tanah yang MB Sanusi beri berbanding MB-MB dari BN dan PH sebelumnya.

BN yang memerintah lebih 60 tahun pun tidak akan beri geran sebanyak itu. Apa yang beza?

Perbezaan itu bukanlah pada jumlah geran, tetapi falsafah yang dipegang oleh Sanusi.

Falsafahnya adalah, rakyat Kedah mesti memiliki tanah sendiri.

Rakyat yang telah lama mengusahakan tanah, membuka penempatan, memugar tanah-tanah hutan 40-50 tahun dahulu perlu diberi milikan geran walau apa cara sekali pun.

Kerana falsafahnya, rakyat yang tiada tanah, akan menjadi rakyat miskin papa kedana – kerana tiada harta yang bernilai untuk diwariskan kepada anak cucu.

Sansui pernah menyatakan bahawa memberi geran kepada rakyat akan memberi rakyat itu kekuatan sebagai tapak untuk bangkit mengubah kehidupan yang sukar menjadi lebih senang – selain memperkasakan pendidikan.

Tanah adalah hak, harta dan maruah rakyat Kedah yang mesti diselesaikan.

Berbeza dengan PH atau BN, mereka memberikan geran tanah secara ikut suka.

Rasa nak bagi, depa bagi. Rasa nak raih undi, depa baru nak bagi.

Pemberian geran tanah atas kepentingan politik dan laba kuasa dan kenyang perut semata-mata.

Tidak hairan ada ADUN BN pernah mempersoal pemberian geran tanah kepada penduduk Paya Serdang baru-baru ini.

ADUN BN mempersoalkan pemberian geran tanah di kawasan tersebut kerana kawasan tersebut akan dibangunkan satu projek kerajaan persekutuan Jeniang Transfer yang memakan tanah yang luas.

Jika diberi geran kepada penduduk di situ, kos projek akan jadi lebih mahal untuk pengambilan tanah.

Kita boleh lihat apa falsafah ADUN BN tersebut.

Biar rakyat tak ada geran tanah, asalkan projek kerajaan jadi murah.

Bukan hanya rakyat berbangsa Melayu sahaja yang dapat, Cina India, dan Siam yang telah mengusahakan tanah dan mendiami sekian lama di kawasan tersebut diberikan geran setelah lama mereka memohon.

Lebih 50 tahun kerajaan BN menguasai negeri Kedah, penyerahan geran tanah kepada rakyat hanya menjadi umpan pilihanraya agar terus mengundi BN.

Berbeza dengan falsafah Sanusi, dia mahu kalau boleh semua permohonan diproses segera, tidak perlu tunggu sampai berpuluh tahun.

Setiap urusan pemprosesan permohonan geran tanah pada zaman Sanusi boleh selesai hanya dalam beberapa bulan.

Ia bukan satu proses yang mudah untuk pihak PTG memproses permohonan.

Namun hasil kesungguhan MB dan pihak PTG – mereka berjaya laksanakan.

Kini mereka masih lagi memproses permohonan yang belum selesai.

Jika ada pihak yang memperlekeh usaha ini, mereka silap dan sengaja menempah batu nisan untuk perjuangan politik mereka.

Tidak salah pun kalau mereka berkempen – akan meneruskan usaha menyelesaikan permohonan geran tanah rakyat jika menang kelak.

Kesannya lebih positif berbanding memperlekeh usaha Sanusi.

Duk perlekeh Sanusi, tapi duk tanya kenapa rakyat ramai sokong Sanusi?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kedah