Untuk makluman, dua orang di kanan dan kiri calon PN Dun Seberang Takir, Ustaz Khazan Che Mat (samping putih) dari Bersatu yang dahulu pernah menjawat jawatan Exco dalam Kerajaan BN, ialah bekas calon PAS di Dun Seberang Takir.
Ustaz Zakaria Dagang di kanan Khazan dan Haji Mohd Fadhil Wahab yang juga Pengurus TFC.
Beginilah dalam PAS. Apabila diputuskan sahaja oleh pimpinan tertinggi siapa menjadi calon, maka kami dengar dan kami taat.
Perbincangan hanya dalam mesyuarat sahaja, tiada pandangan kedua selepas diputuskan.
Mengangkat seorang yang pernah menjadi musuh dahulu, yang kini menjadi rakan, sebagai calon, bukanlah suatu perkara yang mudah.
Apatah lagi dengan keadaan pengundi sekarang yang sedang memihak kepada PAS.
Ditambah Dun ini belum pernah dimenangi PAS semenjak 1959.
Perasaan mahu memecahkan rekod itu cukup berkobar-kobar.
Demi Allah, ia memerlukan kekentalan hati dan kebesaran jiwa. Ia bukan mudah.
Kekuatan hati ini hanya akan berjaya dibentuk apabila kita beramal dengan Islam dimana Islam mewajibkan kita mentaati ketua.
Inilah WALA’ perkataan yang sering dipermainkan oleh musuh.
Ia bukan kerana kebodohan kami menurut membabi buta, tetapi kerana ia menjadi kedengkian musuh.
Ketaatan kami memudahkan pimpinan kami.
Kederhakaan mereka pula menjadi racun kepada pimpinan mereka.
Rajuk mereka mesti dibayar dengan bayaran setimpal bagi memujuk semula.
Lihat kem mereka, merajuk, mencantas, memboikot, menolak keputusan pimpinan mereka yang akhirnya memusnahkan kumpulan mereka sendiri sangat biasa kita dengari.
Itu calon yang dari parti mereka sendiri.
Apalagi calon dari parti lawan yang mereka hanya berpura-pura menyokong dan kononnya bersekutu, lagilah menggila mereka menentang keputusan ketua mereka.
Lihat apa yang berlaku hari ini, mengiringi calon Pan sahajapun, BN enggan di banyak tempat.
Batu Buruk dan Rhu Rendang contohnya.
Kami dengar dan kami taat atas agama.
Kami bukan mengejar harta benda.
Selama ini kami kalah, kalah dan kalah.
Tetapi jiwa kami tetap bersama pimpinan yang memperjuangkan Islam.
Tiada makna kemenangan yang diperoleh jika tiada redha Allah di dalamnya.
Kami bangga dengan ketaatan kami, insyaallah kami akan taat selamanya kepada pimpinan kami.
Inilah kekuatan kami.
Moga Allah kurniakan keredhaan dan pahala sebesar-besarnya kepada Ustaz Zakaria Dagang dan Haji Fadhil Wahab atas pengorbanan ini.
Pastikan Seberang Takir, PAS punya….!!!!
Mohd Nasir Abdullah