Penyokong PAS bukan Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dilaporkan ‘ligat’ menggantung bendera bulan dan menghias markas sempena pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan, Lim Guan Seng berkata meskipun PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam namun ia bukan isu buat mereka.
“Kami adalah penyokong PAS yang terdiri daripada kaum Cina serta India walaupun kami berbeza agama, namun ia bukan masalah untuk kami menyokong parti pilihan dan bersama-sama menyemarakkan tempoh berkempen.
“Sejak sebulan lalu, hampir setiap malam kami berkumpul untuk memasang bendera serta menghias jalan dengan bendera parti yang menjadi sokongan kami sejak sekian lama,” katanya, lapor Utusan.
Menurut Guan Seng sepanjang tempoh berkempen ini juga pelbagai aktiviti dijalankan Bersama-sama dengan rakan-rakan bangsa lain.
Katanya, ia secara tidak langsung membuka ruang kepada ahli-ahli parti untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan sesama mereka.