Satu lukisan mudah mengenai polarisasi yang sedang berlaku pasca PRU15 dan PRN 6 Negeri.
Secara umumnya, sokongan terbahagi kepada dua blok, blok PN dan blok PH.
Teras kekuatan PN adalah PAS, dan teras kekuatan PH adalah DAP.
Cuba kita renungkan kenapa kedua-dua blok ini bertembung?
Apa perbezaan ideologi politik kedua-duanya?
Sebesar mana perbezaan?
Perbezaannya bukan pada isu tatakelola, integriti, memajukan ekonomi atau menjaga kebajikan rakyat.
Semua perkara ini, semua parti mempunyai impian can cita-cita yang sama – blok tengah.
Mana ada parti yang kempen untuk makan rasuah, untuk sakau, untuk pedajal rakyat.
Tetapi apa yang tersembunyi atau yang menjadi core perjuangan ada pada blok kiri atau kanan.
Itulah perjuangan yang sebenar sama ada PAS atau DAP.
Parti-parti yang hanya memperjuangkan tatakelola, integriti bagai… itu perjuangan apa, kerana semua parti akan ada kemampuan dan kelemahan dari sudut itu.
Ia hanya menjadi agenda tunggangan sahaja, bukan perjuangan parti.
Perjuangan masing-masing DAP dan PAS menggunakan isu blok tengah untuk meraih sokongan undi rakyat – tanpa menyatakan secara terang agenda yang lebih besar.
PKR pula tiada perjuangan apa pun dalam konteks ini.
Hanya menunggang reformasi, tatakelola bagai.
Bahkan kadang-kadang menjadi tunggang pihak lain pula.
PAS juga pernah menunggang isu blok tengah, sehinggalah muncul figure Sanusi yang melaungkan agenda besar pihaknya.
So loud. Sangat kuat – sehingga menggegarkan jarum-jarum halus dari blok ekstrim yang lain.
Rakyat yang terbuai dengan pengucapan tatakelola bagai itu terbuka mata mereka.
Perjuangan sebenar bukan pada tatakelola.
Tatakelola akan menjadi baik jika pemimpin itu baik, bukan partinya.
Tetapi perjuangan agenda besar hanya akan dapat digerakkan oleh kuasa politik.
Jika kuasa politik dirampas, ia adalah GG …
Keputusan PRN6 negeri jelas menunjukkan sebahagian besar umat sudah tersedar daripada khayalan tatakelola.
Mereka sedar tatakelola hanyalah senjata pukau yang melalaikan umat daripada menyedari bahawa ada agenda orang lain….
(to be continue)
Oleh: Dr Tanaka Mustafa