Dengan kuasa yang ada, dengan sokongan majoriti dua pertiga dalam parlimen – Kerajaan Perpaduan Madani PMX mempunyai kuasa yang besar untuk merekrut pakar-pakar ekonomi untuk execute plan tindakan yang bersepadu, merekrut tenaga-tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah rakyat, merekrut tokoh-tokoh kewangan untuk membantu, mengembeling pakar-pakar konsultansi turun kepada rakyat akar umbi untuk mengenalpasti punca masalah dan jalan penyelesaian… dan sebagainya.
Kuasa dua pertiga adalah besar, dan pembangkang tidak akan ada upaya menggugat kestabilan ini.
Hasutan pembangkang, fitnah, prasangka semua itu tidak akan dapat menggangu gugat keutuhan kerajaan perpaduan – sekiranya kerajaan perpaduan buat kerja yang betul, benar dan tidak wayang.
Seperti kata MB Sanusi, dia menjadi berani kerana dia buat perkara yang betul dan benar.
Oleh itu dia tidak akan takut kepada sesiapa selagi dia benar.
Maka halnya kerajaan Madani menjadi takut dan ketakutan – adalah kerana buat kerja wayang dan tidak betul.
Tatakelola kelaut.
Apa yang ke lautnya? Rakyat nampak.
Yang tak nampak adalah kerajaan madani berserta JKOM dan para pentaksub PMX seantero dunia.
Contoh paling mudah tatakelola kelaut adalah para menteri masing-masing tak reti buat kerja berdasarkan portfolio kementerian masing-masing.
Menteri-menteri, terutama menteri PH sering buat kerja kementerian lain.
Cross sana cross sini – semata-mata nak pedajal pembangkang dan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
Pentaksub tak nampak, tapi rakyat nampak.
Buktinya, rakyat sudah tunjuk pada PRN baru-baru ini.
Rakyat telah bersuara melalui keputusan PRN.
Jika kerajaan Madani masih degil untuk insaf dan berubah, kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi kelak.
Keputusan PRN tidak akan membuatkan Kerajaan Madani jatuh.
Ia hanya satu lempangan kasar oleh rakyat supaya PMX dan kerajaan sedar diri, be realistik.
Bukan poyo main wayang rasa hebat megah dan takbur ketika ada kuasa.
Rakyat tidak berprasangka.
Rakyat menyuarakan apa yang mereka nampak.
Kerajaan Madani usah pandang rendah akan kemampuan rakyat menilai.
MP-MP pembangkang pun bukan nampak semuanya ketempangan kerajaan madani.
Mereka pun ambil input daripada rakyat.
Rakyat bercerita kepada mereka apa yang rakyat nampak.
MP-MP hanya bawa suara rakyat.
Kedah sebagai contoh.
Setelah pelbagai serangan kerajaan Madani kepada MB Kedah dan kerajaan negeri – rakyat tetap solid mempertahankannya dengan sokongan berlipat ganda.
Rakyat nampak siapa berbohong, siapa main wayang, siapa main kasar.
Rakyat tidak bodoh. Orang Melayu tidak bodoh.
Mereka menyahut seruan MB Sanusi untuk Kedah bangkit dengan lebih gagah.
Suara rakyat ini sekarang Sanusi dan Exco-exco Kedah galas.
Segala perancangan kerajaan negeri Kedah – rakyat sudah endorse untuk diteruskan.
Lalu apa yang menghalang? Kerajaan Madani!
Kerajaan Madani dan PMX masih mahu bermain emosi, cuba mengalih perhatian rakyat kepada gula-gula lain.
Walhal rakyat Kedah sudah solid mahu perkara lain yang sedang diurustadbir oleh kerajaan negeri pilihan mereka.
Jika PMX tidak mentadbir dengan emosi dan kesumat, pastilah perancangan besar kerajaan negeri akan diberi kelulusan dan kerjasama yang baik.
Apa yang emosi? Apa yang kesumat?
Masih ingatkah kata-kata “Yang angkuh dan sombong, kita biarkan dia dengan keangkuhan dan kesombongannya”.
Masihkah kita ingat kata-kata “dia hantar surat tiga kali Anwar tak jawab… takdak kelapaq aku jawab!”
Ini mentadbir secara emosi.
Ia adalah urusan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan urusan peribadi antara Sanusi dan Anwar.
Tetapi PMX gagal dalam urusan tatakelola yang baik yang sering diungkapnya.
Bukan sahaja PMX, bahkan menteri ekonomi Rafizi juga gagal dalam memahami tatakelola dan tanggungjawab kewajipan federal ke atas negeri-negeri.
Sehinggakan dua MB yang cool, Perlis dan Terengganu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Rafizi atas keceluparan dan keangkuhan menteri formula tersebut.
Berpuluh tahun berjuang untuk tatakelola yang baik, akhirnya menjadi tatakelaut apabila berkuasa.
Apabila kamu menggunakan kuasa untuk buat benda yang menekan rakyat yang sudah membuat keputusan, ia tidak akan menjadikan negara kita harmoni.
Secara adatnya, kumpulan yang ditekan bukannya tunggul kayu.
Disebabkan core kamu itu sudah dianggap emosi dan dendam, kamu buat baik apa pun rakyat akan anggap ia adalah wayang. Mereka akan respon.
Dan respon itu pula, kamu anggap sebagai fitnah dan prasangka.
Jika mahu kerja buat kamu yang terbaik itu difahami dan diterima, perbetulkan core kamu terlebih dahulu.
Tak payah risau, dua pertiga itu tidak akan goyah kalau kamu buat kerja dengan betul dan benar.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa