Geng Propa UMNO yang diketuai Lokman Adam sedang cuba memasak idea ke dalam minda orang UMNO bahawa DS Najib dianiaya oleh Perikatan Nasional.
Padahal lebih sepuluh tahun geng PH – PKR dan DAP lah yang terus menerus meniup isu-isu yang memburukkan nama DS Najib, sehingga mereka menggelar DS najib sebagai penyakau, penyamun dan kleptokrat.
Istilah kleptokrat mula bergema selepas 2015.
UMNO dan DS Najib dihina sepanjang 2015 hingga hari ini.
Cuma hari ini mereka tidak laung secara terbuka lagi sejak selepas PRU15.
Siapa yang melambung isu Tabung Haji?
Siapa yang main isu 1MDB?
Siapa yang pulun bongkar isu LCS?
Semuanya dari geng PH. Bongkar, bongkar dan bongkar.
BN tewas pada 2018 yang mengakibatkan DS Najib tumbang, angkara cerita siapa? PH.
PAS yang dikatakan mahu berkawan dengan UMNO juga dihina sebagai ‘berkawan dengan penyamun’.
DS Najib jatuh disebabkan PH, yang UMNO sedang berkawan sekarang ini.
Ahli-ahli UMNO yang waras dan celik, memang nampak apa yang telah dan sedang berlaku.
Sebab itulah mereka boleh beri undi kepada PN.
Tetapi dua tiga kerat orang seperti Lokman sedang berusaha keras mengubah naratif supaya PN dilihat menganiaya DS Najib.
Ya, Muhyidin dan Mahathir mahu jatuhkan DS Najib.
Tetapi tanpa isu 1MDB yang ditiup oleh PH, kedua-dua mereka takkan boleh buat apa-apa.
Mungkin BERSATU pun tidak akan wujud.
Muhyidin tidak akan dipecat.
Jika dia mahu lawan pun, dia setakat boleh cabar DS Najib dalam pemilihan.
PAS cuba menjadi neutral dalam isu 1MDB setelah segerombolan pemimpinnya keluar parti dan menubuhkan AMANAH.
PAS jumpa Arul kanda untuk bertabayyun.
Lalu geng PH menghamun dan merendah-rendahkan PAS kerana pada anggapan mereka PAS sedang ditipu oleh geng penyamun apabila PAS kata mereka berpuas hati dengan penerangan Arul Kanda.
Dalam minda geng PH, UMNO adalah parti penyamun, sehingga hari ini.
Pada mereka, UMNO adalah parti yang busuk.
Mereka hanya perlu menutup hidung sahaja untuk berkawan dengan UMNO – supaya mereka dapat menjadi kerajaan.
Busuk pun busuklah. Lokman sedang gigih menyembur minyak wangi supaya PH tidak kata UMNO busuk.
DS Najib tidak goyang pun semasa diserang oleh PAS dalam isu amalan agama, program-program agama.
DS Najib tidak jatuh pun.
Isu Rosmah tak pakai tudung saja walaun-walaun PAS duk main, tak goyang pun.
Tapi rakyat goyang apabila PH main isu cincin Rosmah, isu sakau 1MDB, dan sebagainya.
PH lah yang berusaha benamkan politik DS Najib.
Adakah ahli UMNO masih mahu percaya bahawa PN lah yang memusnahkan karier politik Najib?
DS Najib dipenjarakan semasa pemerintahan PN?
Pelbagai naratif direka sehingga menampakkan Muhyidin dan Ismail Sabri berkomplot memenjarakan DS Najib.
Mungkin ya, mungkin tidak.
Tapi geng yang paling mahu DS Najib dipenjara adalah PH dan DAP.
PN hanya menerima apa saja keputusan perundangan yang telah berjalan.
Jika bersalah, terimalah hukuman.
Jika tidak bersalah, DS Najib perlu dibebaskan segera.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa