MP Permatang Pauh, Ustaz Fawwaz Md Jan semakin mendapat rentak sebagai ahli parlimen Permatang Pauh.
Tanggungjawab sebagai ahli parlimen semakin hari semakin banyak dan mencabar.
Kesusahan dan permasalah yang timbul dalam kalangan rakyat Permatang Pauh perlu diurus dan dibantu sebaik mungkin.
Hari ini rakyat Permatang Pauh baru mula merasakan Permatang Pauh ada wakil rakyat yang sedang berusaha connect dengan kehidupan mereka.
Tidak mudah seorang pendakwah dan menceramah agama untuk terjun ke medan seribu satu isu dan masalah – bukan sahaja dalam bidang agama dan kemasyarakatan, bahkan turut menerima aduan dalam bidang perniagaan, pembinaan, perumahan, penindasan, salahfaham antara kontraktor dan pembeli dan sebagainya.
Belum kira isu bencana, isu pertanian, isu-isu kampung dan luar bandar.
Namun Ustaz Fawwaz sedang menekuni dengan temponya yang tersendiri.
Kekangan keewangan akibat belum mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat tidak mematahkan semangat MP Permatang Pauh untuk berkhidmat kepada rakyat tatkala Dewan Parlimen masih belum bersidang untuk persidangan seterusnya.
Dengan kerja keras beliau melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat, bayangkan jika ahli parlimen Permatang Pauh mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menyelanggara parlimennya – sudah pasti kesannya lebih besar.
Saya mengamati munculnya ustaz-ustaz muda yang multi-skill dan multi-tasking di Kedah dan Pulau Pinang ini – mereka bukan sahaja faham dalam bidang agama, malahan mempunyai kesungguhan dan cita-cita untuk membangunkan masyarakat sekeliling mereka dengan cara yang sistematik, kontemporari, cekap – supaya masyarakat selesa dari sudut kemudahan dunia dan taat kepada perintah agama.
Contohnya Ustaz Yaakub Yusra dengan MADAD-nya, dan Ustaz Firdaus Firabib dengan jenama Masjid Busyra-nya.
Lihat bagaimana mereka membangunkan institusi masjid dan dakwah menjadi satu kawasan one stop center untuk segala kemudahan, diangkat perniagaan masyarakat sekitarnya – disamping dakwah utama mengajak masyarakat menjadi baik dan soleh.
Daripada contoh itu, MP Permatang Pauh pastinya mempunyai cita-cita yang sama, pada masa yang sama diberi ruang yang sangat besar sebagai ahli parlimen yang ruang lingkup besar masyarakat Permatang Pauh – pastilah memerlukan kesungguhan, kerjasama, peruntukan dan sokongan anak-anak Permatang Pauh serta segenap pemimpin masyarakat untuk bergandingan untuk Permatang Pauh yang sejahtera.
Walaupun ruang tugas seorang ahli Parlimen dan pusat khidmat wakil rakyat tidaklah besar seperti sebuah kerajaan negeri, kelibat Ustaz Fawwaz diharap membuka mata rakyat Permatang Pauh bahawa mereka sebenarnya ada wakil rakyat yang akan sentiasa connect dengan mereka.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa