Lockdown Sedunia: Kenangan Kerajaan 33 Bulan

Lockdown Sedunia: Kenangan Kerajaan 33 Bulan

Kenangan kerajaan 33 bulan TS Muhyidin dan DS Ismail Sabri mendepani krisis yang dahsyat – pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia.

Tiada Perdana Menteri mana pun dalam Malaysia ini pernah mendepani krisis sedahsyat ini.

Tiada parti pentabir mana pun yang pernah lalui krisis dunia ini.

Bahkan krisis yang berlaku di negara kita lebih sukar kerana berlaku tiga krisis serentak – iaitu krisis kesihatan (pandemik), krisis ekonomi (PKP) dan krisis politik (I have numbers).

Tiada perdana menteri atau kerajaan sebelum itu serta selepasnya yang pernah hadapi krisis terburuk sejak merdeka.

Namun kita berjaya melaluinya.

Bayangkan jika kerajaan Madani yang hadap krisis tersebut.

Beri tempoh dua minggu, lapan bulan pun belum nampak hasil.

Kalau Covid19 tu, pakai mampoih habis dah.

Formula try and error.

Menteri masing-masing chewi naik basikal dalam office.

Kerajaan 33 bulan itu menghadapi kesukaran untuk mengukuhkan ekonomi kerana kegiatan ekonomi terhenti akibat Lockdown seluruh dunia.

Import export terhenti. Production industri juga terhenti.

Bukan negara kita sahaja, ia terkesan kepada seluruh dunia.

Nak jana ekonomi bagaimana?

Jadi logiklah waktu itu harga barang melambung, rakyat hilang pekerjaan, dan sebagainya.

Namun sesukar mana pun keadaan, pihak kerajaan berjaya menarik pelaburan-pelaburan luar untuk masuk bagi meneruskan survival ekonomi kita pasca pandemik.

Kerajaan 33 bulan terpaksa merumuskan formula terbaik untuk melindungi nyawa rakyat.

Nyawa dahulu, baru ekonomi.

Pakej-pakej rangsangan diumumkan untuk tujuan tersebut.

Kerajaan buat semampu boleh tatkala kegiatan ekonomi terhenti.

Sehingga keadaan agak reda dengan kes Covid19 yang menurun, kerajaan membuka sedikit ruang ekonomi untuk bergerak.

Sektor-sektor kritikan dibuka untuk ekonomi kita tidak collapse.

Sukarnya mentadbir ketika itu, yang jika kita ditadbir oleh PM yang tatakelaut, mudah koyak dan sembang memanjang… kita tak tahu apa yang sedang kita hadapi sekarang ini kesan daripada pandemik.

Dalam keadaan kita keluar daripada pandemik dengan damage yang antara terendah berbanding negara-negara lain di dunia, kita harus bersyukur kerana diberikan keselamatan dan kesihatan, serta terima kasih atas pengurusan yang baik daripada kerajaan.

Tetapi tidak, ramai yang memilih untuk mengutuk kerajaan 33 bulan kerana menyebabkan ekonomi teruk, harga barang mahal dan sebagainya.

Spesis kufur nikmat ini akan selalu gunakan alasan kerajaan 33 bulan sebagai punching bag untuk cover kelemahan kerajaan PMX Madani hari ini.

Walhal keadaan dunia hari ini rancak dengan segala kegiatan ekonomi – sepatutnya tak perlu tunggu dua tiga bulan pun untuk mentadbir dengan cemerlang.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa