Kedah mengungguli senarai pelaburan masuk bagi kawasan yang jauh dari Lembah Klang.
Negeri miskin boleh tarik pelaburan besar, ia adalah sesuatu yang luar kebiasaan.
Ia menandakan pelabur yakin untuk meletakkan modal besar mereka di sebuah negeri miskin.
Pelabur juga yakin dengan pengurusan yang cekap, pantas dan tatakelola yang tip-top.
Pelabur tidak termakan dengan propaganda bodoh yang cuba memburukkan MB Kedah sebagai loklaq dan tidak beradab.
Pelaburan masuk melalui MIDA dan kerajaan pusat, bukan kerja urus kerajaan negeri?
MIDA dan pusat menarik pelaburan masuk.
Sebahagiannya masuk melalui promosi daripada kerajaan negeri.
Pelabur masuk dan meninjau sendiri kawasan strategik untuk parking duit mereka bilion-bilion.
Bukannya kerajaan pusat atau MIDA yang suruh mereka cari Kedah.
Pengurusan yang bagus dan cepat adalah faktor pelabur berminat masuk melabur walaupun dikatakan negeri itu miskin.
Keadaan Kedah sekarang masih negeri ‘miskin’.
Masih banyak infrastruktur yang diperlukan untuk menjadikan Kedah sebagai mesra pelaburan dalam pelbagai sektor.
Kebanyakan infrastruktur adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk meluluskan atau menyiapkannya seperti projek lebuh raya NCH, lapangan terbang KXP, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya.
Dalam keadaan kebanyakan infrastruktur itu belum wujud pun pelaburan sudah masuk berbelas bilion, bayangkan jika semuanya dapat disiapkan mengikut perancangan, sudah pasti para pelabur akan berduyun-duyun masuk melabur.
Kedah masih mempunyai tanah yang boleh ditebus-guna untuk taman industri tanpa mengganggu tanah-tanah sawah yang subur untuk keterjaminan makanan.
Namun keterbatasannya adalah pada infrastruktur pengangkutan yang belum dibina.
Semua itu sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri untuk membuka fasa-fasa baharu taman industri, cuma memerlukan kerjasama dan kelulusan pusat serta tanggungjawab pusat yang perlu pusat selesaikan.
Sunnah perjuangan Nabi SollaLlahu ‘Alaihi Wasallam yang dibangkitkan di sebuah kawasan tandus dan tidak ada tamadun kemajuan material, akhirnya kawasan itu bangkit membawa kemajuan, keharmonian dan menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia.
Disebabkan bermulanya dari tempat yang tandus dan sukar, maka tiada pertikaianan atau alasan untuk orang mendakwa kemajuan yang dibawa oleh Islam adalah berpunca daripada empayar-empayar besar terdahulu.
Ia bermula daripada tanah yang tandus papa kedana, bangkit dengan kekuatan spiritual membina kekuatan masyarakat dan seterusnya membina kemajuan.
Menurut sunnah itu, mungkin juga telah ditakdir oleh ALLAH untuk kerajaan PAS/PN itu menguasai negeri-negeri yang mundur – supaya kebangkitan negeri-negeri ini kelak boleh dilihat sebagai kebangkitan yang pure dan asli – berdasarkan semangat federalisme yang betul – berjaya bangkitkan negeri miskin menjadi negeri maju.
Jika dikatakan hebat memajukan negeri seperti mentadbir negeri yang sudah maju seperti Selangor dan Pulau Pinang, ia hanya perkara normal sahaja kerana negeri-negeri itu sudah sekian lama maju berbaning negeri-negeri lain.
Sesiapa yang mentadbir pun akan meneruskan kemajuannya.
Ia tidak sesukar membangunkan negeri-negeri miskin untuk bangkit menjadi maju, dan kerja itu sedang dimulakan.
Andaikata Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis menjadi negeri maju dan mendapat lonjakan dalam jumlah pelaburan serta KDNK, ia secara automatik akan melonjakkan ekonomi dan KDNK negara kelak.
Bukankah ia automatik akan menaikkan nama PMX dan kerajaan Madani juga kelak sebagai PM yang berjaya bawa pelaburan besar serta menghasilkan KDNK yang tertinggi dalam sejarah.
Maka lebih baik bekerjasama dan saling berurusan secara harmoni antara pusat dan kerajaan-kerajaan negeri mengikut lunas-lunas perlembagaan dan semangat federalisme dengan betul.
Once ia disebut sebagai KDNK negara yang terbaik, ia ada nama PMX. Why not?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa