Penjajah British menjajah tempat kita, depa tulis sejarah mengikut naratif British.
Bacalah sejarah dalam buku teks kita, setiap episod sejarah, mesti ada menempek cerita British.
Kadang tunjuk British hero dan bijak, kadang-kadang tunjuk sikit British tu jahat untuk mengiyakan berlaku penentangan.
Siam dan British membantai Kedah dalam perang musuh bisik juga ditulis iktu naratif British dan Siam.
Perjuangan puluhan ribu tentera Kedah dan alam Melayu mempertahankan Kedah tidak ditulis menurut kaca mata anak watan.
Akhirnya PMX kita sendiri terjerumus ke dalam naratif penjajah apabila mengatakan Kedah milik Siam.
Orang kita masih tidak mahu cakna akan sejarah anak bangsa dan tanah air kita sendiri.
Masih tidak ada motivasi untuk mempertahankan sejarah sebenar tanah air kita sendiri.
Ada yang menganggap kita kena ‘move on’ sahaja, apa perlu untuk bernostalgia dengan sejarah.
Ada yang anggap sejarah adalah benda yang dah berlalu.
Ada yang kata untuk apa belajar sejarah, bukan boleh bagi negeri jadi maju pun.
Atas sikap tidak peduli akan sejarah ini, sudah ada bangsa-bangsa lain berusaha untuk claim tanah tumpah darah kita.
Pentaksub Chola sedang bangkit dengan naratif sejarah Chola untuk claim tanah kita.
Pentaksub empayar China purba juga ada naratif sejarah mereka ke atas tanah kita.
Sedangkan kita pula berlembik tengkuk membiarkan sejarah kita ditulis oleh Chola, China, British dan Siam – sehingga akhirnya bangsa kita akan ditulis sebagai pendatang yang menduduki tanah ini.
Negeri-negeri Melayu utara kita telah terlepas te tangan Siam, dek kerana sejarah kegagalan kita mempertahankannya.
Satun, Narathiwat, Songkhla, Pattani dan Yala telah tercatat dalam sejarah bahawa sebagai adik bongsu negeri-negeri Melayu yang masih terjajah – dek sejarah perjanjian British-Siam 1902.
Negeri-negeri Melayu seperti Indragiri, Siak, Palembang, dan Jambi pula terlepas daripada kita dek perjanjian persempadanan antara British dan Belanda.
Sejarah kita ditulis oleh penjajah British dan Belanda – mana-mana negeri yang berada di bawah jajahan Belanda akan menjadi Indonesia.
Kita kehilangan seketul lagi tanah pulau di selatan Johor… yakni Singapura.
Itu tanah kita, tetapi hari ini kita sudah terlepas dan tidak akan dapat kembali.
Walaupun semua tanah-tanah kita yang sudah terlepas itu kita tidak dapat kembali – namun gerakan dan naratif untuk mengambil saki-baki tanah kita akan terus berjalan samada dari sudut sejarah, sosial, politik dan ekonomi.
Naratif-naratif sejarah asing akan mengukuh dengan adanya kuasa politik.
Kita pula mensia-siakan kuasa politik yang kita ada untuk mempertahankan sejarah kita.
Umat yang terus leka, akan ditelan oleh naratif sejarah orang lain.
Akhirnya Melayu akan benar-benar hilang dari dunia.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa