PRU16 belum tentu PN boleh menang besar jika terus mengharapkan ‘gelombang’ yang sama.
PN mungkin boleh status quo jika performance negeri-negeri under PN perform dengan baik.
Tetapi untuk ambil alih pusat, jarak masa untuk menuju ke PRU16 cukup panjang bagi PHBN membuat adjustment strategi dan memenangi hati rakyat – berdasarkan performance MP-MP PN yang kurang menyerlah membawa isu rakyat dan kepincangan tatakelola kerajaan PHBN.
Dengan performance lemah MP-MP PN yang ramai tetapi yang lantang bersuara dan memahami isu tidak ramai, maka PHBN akan dapat kembali membina kekuatan dari masa ke masa.
PHBN tidak perlu aim untuk menang besar untuk setiap kerusi, tetapi cukup sekadar terus dapat mentadbir negara dengan jumlah kerusi yang stabil.
PN hanya berkhayal dengan gelombang hari ini, pasti akan terpinga-pinga selepas PRU16 nanti sebagaimana keputusan PRK Pulai, Simpang Jeram dan Pelangai.
Lihatlah perfomance MP-MP yang ramai itu sepatutnya banyak isu rakyat dan negara boleh dibangkitkan, tetapi ramai yang memilih untuk membawa isu menyindir peribadi lawan, isu sentimen dan sangkaan-sangkaan yang boleh dipatahkan dengan mudah semudah ugutan saman.
Kalau seorang dua bawa boleh tahan kira… tapi semua nak bercakap benda yang sama.
Jika berterusan begini, PN tidak akan berjaya memenangi kerajaan Pusat kerana seburuk mana pun PHBN, mereka sekarang ada kuasa.
Jangan pandang rendah kepada pihak yang ada kuasa.
Jika mereka guna kuasa dengan betul, mereka akan jumpa cara untuk menang.
PRN terdahulu mereka kalah besar kerana mereka tak guna kuasa dengan betul.
Mereka salahguna kuasa dan salah percaturan.
3 PRK terbaharu, mereka menang selesa apabila mereka tidak buat kerja all out menyerang Sanusi.
Bayangkan mereka boleh adapt cara, strategi dan kuasa yang betul, dalam masa 4 tahun lagi pastilah mereka dapat masuk PRU16 dengan keyakinan dan gerak kerja yang cantik.
Kehendak rakyat pun diatur comel.
PN akan bungkus jika tidak upgrade performance.
Dr. Tanaka Mustafa