Balas Lima Isu Dalam Tiga Minit

Balas Lima Isu Dalam Tiga Minit

Aku tulis sedikit tambahan membalas isu minggu ini yang diserang oleh PH terhadap PAS.

Ada yang tagged aku di FB orang lain untuk mengutuk.

Maaflah, aku tak balas kalau kau nak kutukpun sebab aku bukan bacapun komen kau.

Balasan terdahulu isu-isu ini sudah ada dalam FB aku, tetapi yang ini sekadar penguat kepadanya.

Aku tulis ini untuk kefahaman ahli dan penyokong PAS.

Walanon, mesti kena buat-buat tak faham, sebab kalau dia betul-betul terima dan faham, habislah elaun walanon, tidak akan dibayar lagi.

Sebab pastinya walanon akan bersara. Tak sanggup jadi bodoh.

1-Tidak boleh bertakbir ketika demo menentang Israel:

Isunya timbul apabila sebahagian peserta himpunan mengutuk kekejaman Israel bertakbir, lalu digelar sebagai zionis oleh penganjur.

Begitu takutnya kepada PAS sehingga dia ingat takbir itu hak ekslusif bagi PAS, takut orang ingat kepada PAS sebab PAS sangat rapat dengan Palestin.

Lucunya dahulu apabila ada orang kafir mahu menggunakan nama Allah yang bukan hak mereka dalam kitab, merekalah yang bersungguh menyokong.

Sekarang seruan takbir yang memang hak milik orang Islam, mereka sekat pula penggunaannya disaat menentang musuh Islam.

Kemudian melalak-lalak kata mereka pembela Islam. Kau percaya?

2-Isu PM diugut bunuh:

Pihak berkuasa sepatutnya menangkap dan mempamerkan wajah si pengugut itu kepada umum kerana kita sayangkan PM kita.

Kita juga berharap dilain masa agar PM tidak menguar-uarkan ugutan sebegitu kepada awam supaya polis boleh menjalankan siasatan.

Keduanya rakyat bimbang dengan tersiarnya berita ugutan itu, maka nilai RM akan jatuh dengan lebih teruk lagi, kerana negara kelihatan tidak stabil.

Tetapi tidak tahulah kita, jika ini adalah satu strategi untuk membuat alasan jika RM jatuh lebih rendah, maka berita berkenaan ugutan itu akan menjadi alasan kejatuhannya.

3-Isu DS Ahmad Said tidak menjadi calon PRK Kemaman:

Aku sudah tulis tempoh hari. DS Ahmad Said keluarkan kenyataan yang dia kalah majoriti 27 ribu lebih di Kemaman kerana berlakunya rasuah.

Calon BN, iaitu beliau sendiri adalah calon yang memenuhi kehendak pengundi Kemaman, katanya.

Sekarang dia tidak akan menjadi calon, sedangkan dia ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan juga Ketua Bahagian Umno Kemaman yang ada kuasa yang sangat besar untuk memilih dirinya semula, tetapi beliau takut, sangat takut.

Jadi kepada calon yang menggantikan beliau nanti, beban yang sangat besar menanti kerana jika kalah dengan 27 ribu, calon kena malu sebab dia kalah dan tiada lagi tuduhan rasuah berlaku.

Jika lebih dari majoriti lepas sebagaimana yang berlaku di Kuala Terengganu, calon BN boleh terjun Sungai Kemaman sebab sepatutnya PAS kalah sebab rakyat benci, tetapi menang dengan majoriti bertambah, sekaligus membuktikan calon BN lah, selain dari DS Ahmad Said, dibenci pengundi Kemaman.

4-Isu jangan panggil kafir:

Isunya timbul di Parlimen dan kemudiannya disebarkan oleh ulamak PH berkenaan panggilan Rasulullah kepada bapa saudara baginda, Abu Talib, ‘ya ammi’ dan bukannya ‘ya si kafir’.

Yang kita tanya kenapa pilih-pilih dalil, tidak dinyatakan panggilan laknat Rasulullah kepada Abu Lahab yang juga bapa saudara baginda?

Ulamak mereka senyap, tidak menjawab.

Itulah akibat ingat orang lain bodoh pasal sirah, dia seorang sahaja yang tahu.

Entah bila pula Rasulullah larang kita panggil kafir kepada si kafir ? Pun tidak dijawab juga.

Kemudian Walanon sindir, kenapa tidak panggil Dewan Himpunan Penyokong PAS itu kafir? Eh, sampai ke situ dia melalut.

Bukan ke ulamak kau sudah bagi dalil yang Rasulullah panggil manja Abu Talib yang baik dengan baginda sebagai ‘ya ammi’.

Jadi ikut suka kamilah nak panggil kat DHPP apapun yang kami rasa manja-manja sebab dia tolong dan baik dengan PAS.

Dan kalau kau pulak, kalau nak jerit DHPP kafir sampai keluar urat mari’ sekalipun, ikutlah, itu hak engkau, PAS tak pedulipun.

Tanpa hidayah, tak jadi Islampun DHPP kalau kau panggil lembut, tak berubah kafirpun kalau kau panggil kasar.

Ada seorang Cina di Kampung Chabang Tiga, Terengganu, orang panggil Awang Kapir, OK jer hidup dia, laku jer kedai dia, orang keluar masuk.

Awang Kapir peduli apa kau nak panggil dia begitu, janji kedai dia laku.

Habis, kalau begitu, samalah PAS dengan PH, panggil lembut orang kafir, kenapa nak marahkan PH.

Tak sama bro, sebab PAS tak larang kau nak panggil atau kutuk apapun kat DHPP atau nak panggil manja sayang kat DAP kau tu.

Jika PH nak panggil Lim Kit Siang ‘ya ammi’ atau Teresa Kok ‘ya ummi’, Hannah Yeoh ‘ya ukhti’ atau Lim Guan Eng ‘ya akhipun’ lantak kaulah.

Atau kau nak kafirkan diapun silakan, PAS tak kisah, tak halangpun.

Masalahnya kau yang bersungguh halang orang lain panggil orang kafir tu kafir. Itu bezanya.

Dan ketika Walanon menghina ulamak PAS, mana suara ulamak PH?

Dalil panggilan baik sesama Muslim?

Mereka diam. Sedangkan ramai ulamak PAS itu adalah guru mereka dahulu.

Maknanya adakah lebih mulia, si kafirkah daripada guru mereka yang mukmin itu?

5-Isu hutang Harakah:

Aku sudah beritahu kes ini masih dalam mahkamah, jadi tunggu keputusan dan arahan mahkamah sahaja, tetapi Walanon tetap bangang, marah, suruh bayar juga.

Dah hutang tu bayarlah, komen Walanon.

Walanon ni kalau bab berkaitan mahkamah pasti akan auto-bodoh.

Mari aku buktikan keauto-bodohan mereka berkaitan mahkamah.

Dulu ada seorang didapati bersalah dua kali kes meliwat oleh mahkamah dan dipenjarakan.

Selepas pesalah itu dibebaskan dan dipanggil orang bekas banduan, Walanon marah betul, mengamuk.

Yang peliknya dalam masa yang sama Walanon bangga pula dengan pesalah yang kena penjara itu dan Walanon samakan dengan Nabi Yusof, imam-imam mazhab, Nelson Mandela yang kata Walanon semuanya mulia dan hebat sebab kena penjara.

Bukti kedua, dahulu ada tertuduh 47 kes rasuah yang mati-mati Walanon mengamuk mahu masukkan pesalah itu dalam penjara.

Bila kes itu dibicarakan di mahkamah, Walanon beramai-ramai mendesak supaya hukuman ke atas pesalah disegerakan, dan kata macam-macam kepada kerajaan, konon cuba melepaskan tertuduh.

Akhirnya Walanon juga yang bersorak kegembiraan apabila kes itu tidak disambung bicara, kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Tak ke gila tu?

Jadi terbukti kebodohan Walanon dengan hal berkaitan mahkamah.

Aku malaslah nak sebut kes mahkamah pasal lembu NFC yang duduk kondo tu sudah bebas.

Sebab lembu tu dah jadi kawan dia sekarang, takut nanti Walanon tanduk aku pulak.

Aku juga telah berikan tiga contoh berkenaan hutang antara kerajaan Negeri dan Pusat.

Negeri hutang pusat, bayar ikut jadual.

Pusat hutang Negeri tidak bayar atau lambatkan bayaran dan hutang royalti.

Aku memang sengaja berikan contoh ini dan kemudian aku selitkan pula hutang peribadi bekas calon dari PKR yang mahu bertanding tetapi meminjam duit dari PAS yang ada duit itu dikutip dari ahli yang miskin, menabung lama duit untuk PRU dahulu.

Yang Walanon tumpukan ialah kenapa sabitkan hutang kerajaan dengan kerajaan, sambil menuduh aku membuat perbandingan mengarut antara hutang Harakah dengan hutang kerajaan.

Walanon tak boleh tangkap dalam kepala dia kaitannya yang ini buktinya ketua Walanon tak boleh harap.

Hutang tetap hutang. Duit itu ditetapkan oleh perundangan, wajib bayar.

Masa jadi kerajaan, kaya tak bayar, masa jadi pembangkang, perseorangan miskin merempatpun lari tak bayar.

Lepas tu nak sibuk hal orang, tuduh orang tak bayar hutang yang kes masih di mahkamah.

Padahal pimpinan kau yang langgar undang-undang tak bayar duit rakyat.

Ini baru yang dikatakan tak ada kaitan dengan kau, orang lain berhutang, dia pulak yang sibuk.

Bab hutang lapuk dia, dia buat bodoh pulak.

Tiada satupun Walanon yang menyentuh atau menjawab berkenaan hutang bekas calon PKR dengan ahli PAS yang sudah menjangkau suku abad itu.

Oh, kalau PAS berhutang, ruh kita orang tergantung kat pajak gantung, semua pintu neraka ternganga nak telan orang PAS, semua pintu syurga tertutup.

Tetapi bila bos Walanon berhutang tak bayar selama puluhan tahun, tak apa, ruh dia boleh kawtim dengan malaikat, terbang bebas dalam syurga ke sana ke mari, semua pintu neraka tertutup, pintu syurga terbuka.

Perangai PH ni macam sesetengah kawan kita yang suka berhutang.

Masa nak meminjam muka manis, selalu tanya khabar.

Lepas jer dapat, hilang terus, hutang tak bayar, dengan kita sekali dia kutuk, buat musuh.

Bila kita bangkit pasal hutang atau minta bayar, siap kejar kita dengan parang.

Tapi dalam FB tunjuk naik heli, pakai Jaguar, makan angin anak beranak ke sini dan ke sinun.

Musibat betul perangai Walanon ni.

Nota kaki:

1-Aku sengaja letak bacaan tiga minit, padahal lebih dari tiga minit sebab nak bagi peluang kat Walanon yang tiada modal nak kutuk aku. Paling kurang walanon boleh kata aku penipu, kata bacaan tiga minit padahal lebih. Alaa, dalam dunia ni janganlah kita nak menang sampai tak bagi apa satupun kat dia, berbahagilah sesama kita.

2-Mohon kepada sesiapa yang tahu berkenaan hutang PAS kepada Umno berjumlah RM90 juta dulu, agar menyimpan rahsia ini dengan kemas. Takut nanti bocor, Walanon dapat tahu, pasti mereka akan serang PAS lagi. Penat PAS ni sebab dapat pimpinan kaki berhutang.

Mohd Nasir Abdullah

Isu Semasa