Rakyat Malaysia Dan Tragedi Manusia

Rakyat Malaysia Dan Tragedi Manusia

Sedih melihat di Malaysia, ada pihak yang beranggapan serangan Israel ke atas Gaza hanya melibatkan umat Islam.

Ia tidak sepatutnya dipandang begitu.

Ia bukan juga perang antara Israel dan Palestin.

Ia adalah kes jenayah penindasan mereka yang berkuasa terhadap rakyat yang lemah.

Ia adalah jenayah antarabangsa.

Kita membenci buli di sekolah.

Tetapi dalam kes ini, buli dilakukan oleh negara yang kuat terhadap rakyat yang lemah.

Ia melibatkan pembunuhan lelaki, wanita, kanak-kanak, dan bayi.

Kecaman kita terhadap buli ini harus lebih kuat.

Tetapi jelas, sesetengah daripada kita tidak.

Kita fikir ia adalah masalah umat Islam.

Orang bukan Islam sepatutnya tidak peduli.

Tetapi dalam masyarakat manusia yang bertamadun undang-undang tidak membezakan antara bangsa atau agama.

Undang-undang terpakai kepada semua orang secara sama rata.

Oleh itu, jika anda membunuh seseorang, anda telah melakukan jenayah sama ada anda daripada mana-mana bangsa atau agama.

Apa yang kita lihat di Palestin bukanlah peperangan antara dua negara.

Apa yang kita lihat adalah percubaan Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

Genosid adalah jenayah.

Sekiranya pembunuhan beramai-ramai oleh rakyat Palestin terhadap Israel, ia tetap menjadi satu jenayah.

Jadi kita semua harus membantah perkara ini.

Sama ada kita beragama Islam atau Kristian atau seagama dengan Yahudi kita patut membantah perbuatan biadab yang sedang dilakukan sekarang di Gaza dan Tebing Barat.

Jadi saya berharap rakyat Malaysia dari apa jua asal usul, sama ada beragama Islam atau bukan Islam, Kristian atau Buddha atau Hindu jangan menganggap perkara ini hanya berlaku kepada orang Islam sahaja.

Ini berlaku kepada sesama manusia.

Ingatlah berjuta-juta umat Islam mati untuk mengalahkan Jerman dan menamatkan penindasan ke atas Yahudi.

Kita mendakwa bahawa kita semua rakyat Malaysia.

Namun kita menunjukkan perpecahan antara kita atas tragedi manusia ini.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Kolumnis