PAS Tidak Kekurangan Tokoh Teknokrat

PAS Tidak Kekurangan Tokoh Teknokrat

Ada yang beranggapan, PAS sebuah parti yang tidak mempunyai ramai golongan teknokrat.

Sebenarnya dalam PAS, kita mempunyai ramai ahli yang datang dari pelbagai bidang dan latar belakang.

Namun, kebanyakan daripada mereka tidak menonjol ke depan, sebaliknya amat berperanan di belakang tabir dan terlibat dalam menyusun atur strategi untuk PAS terus bergerak ke hadapan.

Saya merupakan salah seorang yang pernah menjadi sebahagian daripada mereka sebelum diketengahkan sebagai calon pada PRN 2018.

Ada juga yang beranggapan PAS sebuah parti ekstrimis dan mempunyai rasa prejudis lalu menyamakan PAS dengan parti Islam lain di dunia ini.

Ini 100 peratus tidak benar sama sekali.

Di Malaysia, kita amat memahami struktur masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian etnik serta agama dan PAS merupakan parti yang sudah relevan serta boleh diterima oleh masyarakat dalam negara ini.

PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebuah parti Islam yang moden.

Menyamakan parti PAS dengan Taliban dan yang seumpamanya merupakan satu kesilapan.

Kami amat memahami, untuk menjadikan negara kita negara yang terbaik, kita semua perlu bekerjasama sebagai warganegara Malaysia.

PAS kini bukan lagi ‘parti kampung’ dan ianya sebenarnya lebih dari hanya sekadar parti.

Kami sudah berada sejauh ini dan akan terus bergerak ke hadapan.

PAS juga bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi kami mempunyai ahli dan penyokong yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang mendokong.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

PAS