Kenapa Tidak Boleh Berhimpun?

Kenapa Tidak Boleh Berhimpun?

Ada kalangan penyokong PH mula menyerang kumpulan yang ingin berhimpun secara aman di hadapan Pintu 2, Istana Negara, Selasa 23 Januari, jam 11 pagi.

Kata mereka ini bukan himpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Tuduh mereka lagi, ini adalah himpunan bagi menjatuhkan kerajaan.

Pelik sungguh dengan sikap orang yang kononnya mengaku sebagai pejuang-pejuang demokrasi yang pernah menumpahkan darah mereka di jalanan hampir suku abad dahulu.

Merekalah yang berada di hadapan, berhadapan dengan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkejaran sambil disembur air.

Mulut merekalah yang memaki dan mencaci anggota FRU dahulu.

Berbagai gelaran yang diberikan seperti anjing dan sebagainya kepada FRU.

Kata mereka air yang di sembur itu ialah air kimia yang beracun.

Asap cartridge smoke bomb, sudah lali bagi mereka.

Sepak terajang kasut FRU juga adalah salam pengenalan dalam pertemuan mereka.

Sekarang mereka menyeru FRU untuk mengambil tindakan kepada kumpulan yang berhimpun secara aman yang hanya mahu menyerahkan memorandum kepada YDPA.

Mahu mengadu berkenaan keadaan rakyat dan ketidakadilan pemerintah yang begitu jauh terpesong dari janji memakmurkan negara.

Ekonomi entah ke mana, keadilan yang dijanjikan, tidak kita kecapi kerana dendam politik dan lain-lain lagi.

Rakyat hanya mahu YDPA menerima memorandum.

Rakyat yang menyokong PN tahu akan adab, tidak seperti penyokong PH yang menghina YDPA dalam siaran video mereka bila kehendak mereka tidak dilayan.

Tidak pernah penyokong PN mengutuk YDPA sebagaimana penyokong PH.

Lihat sahaja ketika acara mengangkat sumpah kerajaan PH, mereka menghina YDPA dari Kelantan.

Kemudian YDPA dari Pahang juga dihina oleh mereka.

Begitulah apa yang mereka belajar mungkin dari pimpinan mereka yang miskin adab.

Perhimpunan ini tiada bezanya dengan himpunan anjuran Bersih dahulu atas alasan kerajaan gagal.

Marhaen mahukan suara mereka didengari YDPA.

Tidak akan ada keganasan sebagaimana himpunan yang diketuai oleh PH dahulu, pasti akan ada yang menjadi mangsanya.

Oh, bila masa mereka, boleh berhimpun, masa orang lain, terus jadi jenayah?

Insya Allah jika ada kelapangan, cubalah hadirkan diri.

Atau boleh menyokong dari jauh.

Ini semua untuk rakyat.

Kita tidak kata yang himpunan ini untuk menurunkan kerajaan, hanya mahu menghantar memorandum.

Pastinya YDPA yang bijaksana akan menerima memo rakyat yang diketuai oleh Pembela Tanah air (PETA).

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis