Hentikan segera politik dendam.
Ditakdirkan kerajaan hari ini jatuh, kamu akan sengsara.
Begitu juga penjawat awam.
Kamu jangan seperti lembu dicucuk hidung.
Orang akan balas balik apa yang kamu buat dan arahan yang kamu terima membabi buta.
Politik balas dendam sebegini, tidak membawa keuntungan kepada sesiapa, sebalik rakyat bertambah derita, disebabkan kesempitan ekonomi.
Pendedahan sebegini akan menjadikan pelabur luar (FDI) semakin takut untuk bermuamalah dengan kita.
Kita terkenal seluruh dunia sebagai sebuah negara korup dan rasuah.
Negara lain dilabelkan korup dan rasuah, kini tidak seteruk kita.
Wajarkah politik bebal sebegini terus diamalkan.
Jika mahu ambil tindakan, buat terhadap semua.
Jangan terpilih-pilih, hanya kerana sepakatan.
Satu dunia tahu, siapa yang benar, siapa yang salah.
Jangan simpan pekung, hanya kerana mahu berkuasa.
Percayalah, suatu hari nanti, kamu dan keturunan kamu juga akan turut menderita.
Saya, selaku rakyat marhaen, dan majoriti rakyat lain, bukan bodoh, mereka memerhatikan sahaja tindakan kamu ini.
Mungkin kamu sedang alpa, sebab ketika ini kamu sedang memegang kuasa.
Tetapi ingat, langit tidak selalu cerah.
Kita tidak selamanya berada di atas.
Giliran kita akan datang.
Dibimbangi, anak cucu kita yang tidak berdosa turut terpalit.
Paling sedih, kita mengambil tindakan sesama kita. Semasa Muslim, bersaudara.
Pemimpin politik ultra kiasu dan peniaga ultra kiasu, perasuah ultra kiasu bagaimana?
Sudah tentu paling menguntungkan adalah ultra kiasu. Mereka terlepas.
Kita menangkap sesama kita.
Ultra kiasu melihat sahaja politik bodoh kita, mereka bertepuk tangan.
Mereka menarik nafas lega, sebab selaku pemberi rasuah seperti mereka terlepas dan tidak ditangkap.
Kepada pemimpin tertinggi penjawat awam, terutama, SPRM, PDRM, aku tahu, kamu adalah pasukan beruniform, menerima segala arahan, tanpa engkar.
Tetapi jangan bertindak seperti lembu dicucuk hidung, jadi kuda tunggangan pemimpin politik.
Ditakdirkan pemimpin hari ini jatuh, kamu akan menerima akibatnya.
Bukan tujuan kita untuk normalisasikan rasuah, salah laku dan salah guna kuasa, tetapi apabila bertindak, berpaksilah kepada neraca keadilan, bertunjangkan dengan rasa takut kepada siksaan Allah sw.t.
Kita hidup ini ada Tuhan, mungkin orang lain tidak tahu, tetapi yakin Allah tahu segalanya, termasuk detikan hati.
Saya cukup bimbang pemimpin tertinggi hari ini sama ada dalam politik mahupun penjawat awam, tindakan kita hari ini seolah-olah sudah tidak percaya ada syurga dan neraka.
Jika kamu percaya kepada adanya syurga neraka, sudah tentu kamu akan berlaku adil.
Ini tidak, teramat jelas, pihak lawan bukan main lagi tindakan.
Bila tiba pihak sendiri, dipejamkan mata.
Kamu tidak takut matikah, dalam keadaan usia yang tidak berapa lama lagi?
Sedarlah kebanyakan kamu yang bertindak zalim ini sudah berusia, 60 tahun ke atas, ada yang 70 tahun ke atas, 80 dan ke atas, petanda mati banyak dah.
Takkan masih tidak sedar?
Ingat, necara atau asas tindakan kita adalah ADIL.
Adil bermaksud, meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Bertindak ke atas semua, tanpa memilih bulu.
Jika mahu buka kes Pandora, buka semua, bukan hanya memilih orang tertentu.
Satu dunia tahu, siapa yang terlibat dalam kes tersebut.
Jangan berlagak seperti lembu suci, sedangkan kamu tidak sucipun.
Jangan sampai kokok berderai-derai, ekor bergemulang tahi.
Bertaubat dan insaflah.
Seburuk-buruk kita, kita masih bersaudara.
Jika mahu diambil tindakan, buatlah seadil-adilnya, tetapi jangan menganiayai mereka, termasuk keturunannya.
Sebaik mana pun ultra kiasu sama ada dalam politik mahupun dalam perniagaan, mereka ini adalah lalang, akan lari ikut kepentingan ekonomi mereka.
Namun, saya tidak nampak ultra kiasu ini baik, mereka jugalah bapak perasuah yang telah merasuah anak-anak kita dan penjawat awam.
Malangnya, bila tindakan diambil, mereka terlepas, yang kena adalah anak-anak kita.
Berbaloikah politik sebegini???
Mohd Ridhuan Tee Abdullah